Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Thursday, May 19, 2011

Sambungan......Teknik pengutipan sarang walit.





Kaedah Pungutan Sarang Walit:


1) Pungutan Rampasan “Force Harvest”
Pungutan dilakukan  setelah sarang siap dibina, tetapi pasangan walet itu belum sempat bertelur. Kebaikkan teknik ini ialah hasil sarang cepat, kualiti tinggi (clear white) dan jumlah hasil setahun juga banyak. Manakala keburukan teknik ini pula akan melambatkan populasi walit di RBW kita kerana tiada anak baru.  Keadaan walit juga akan lemah kerana terpaksa bertungkus lumus membina sarang baru tanpa rehat. Jika ini berterusan lama kelamaan sarangnya pun merosot menjadi kecil dan nipis  kerana pengeluaran  air salivanya  tidak mampu mengimbangi tempoh  waktu untuk membuat sarang dan bertelur.

2) Pungutan Buang Telur
Teknik ini dilakukan  setelah burung membuat sarang dan bertelur 2/3 biji. Telur diambil dan dibuang kemudian sarangnya diambil (zalim....zalim). Teknik  ini mempunyai keuntungan iaitu dalam setahun dapat dilakukan pungutan hingga 4 kali dan kualiti sarang yang dihasilkan tinggi  kerana sempurna dan tebal. Keburukannya, walit tak dapat membiak.

3) Pungutan Penetasan
Teknik pungutan ini dilakukan apabila anak-anak sudah boleh terbang.....biasanya 45 hari selepas menetas. Kelemahan cara ini, mutu sarang rendah karena sudah mulai rosak dan dicemari oleh kotoran seperti bulu. Tetapi untung dari aspek burung walit dapat berkembang biak dengan tenang dan aman sehingga populasi burung dapat meningkat dengan baik.


Apapun teknik yang akan digunakan.......yang penting jangan kita menzalimi kehidupan makhluk Allah ini agar kesinambungan kehidupan walit ini tidak terganggu oleh tangan-tangan manusia yang rakus untuk mencari keuntungan dunia semata-mata. Ingat.....Allah tidak redha akan mereka yang berbuat zalim dan pintu rezekinya juga akan ditutup oleh Allah nanti......wallahua'lam.

Bila sarang patut dipungut......kisah benar!

Beberapa hari lepas bersembang dengan sahabat walet di Muadzam. Saja bertanya tentang perkembangan RBWnya yang mula beroperasi ogos 2010....dah hampir 7 bulan beroperasi. Jawabnya: dah ada 200+++ sarang tapi tak pernah ambik. Saya tanya ada anak ke?  Dia jawab: ada yang ada..... ada juga yang buat sarang kali kedua ditempat yang sama. Kata saya: Kenapa tak kutip sarang bila anak dah terbang? Katanya: ada kawan ajar jangan kutip sarang kecuali selepas setahun beroperasi.......tu yang asyik telan air liur je bila tengok sarang dalam RBW. Kesian kawan saya ni......sepatutnya dah dapat hasil dalam RM7000 untuk 2 kilo rawnest. Lalu saya ajar dia bila sepatutnya emas putih ni patut dikutip......but moral of the story is......ilmu adalah segalanya. So, kali ini mari kita lihat kitaran hidup Sang Walit dan bila sepatutnya kita pungut sarang......


Jadi, kalau nampak dah ada tanda liur-liur walet pada nesting plank tu.....tunggulah +-4 bulan sehingga anak dah terbang baru kita mula pungut sarang.

.......bersambung selepas ini...........

Thursday, May 12, 2011

How to reduce heat in your RBW/BH ?........Part 3

3. Bina penghalang pada dinding yang terdedah kepada sinaran matahari.

(A) Jaring Orkid




Dinding yang terlalu terdedah kepada sinaran matahari akan menyerap haba masuk ke dalam RBW. Untuk mengatasi masalah ini ada yang menggunakan jaring peneduh orkid (jimat kos).


(B) Kayu atau Zinklum

RBW ni saya jumpa sebelum Lepar on the way ke Kuantan. Pemiliknya membina lapisan kayu pada dinding luar tingkat atas bagi menghalang sinaran direct ke dinding.


 
(C) CELLULOSE INSULATION




Bahan ini dijumpai pada tahun 1950an dan diperbuat daripada "plant fiber". Keupayaannya mampu manahan haba dan fungsi bunyi akustik. Di Malaysia syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini TCL Malaysia.


(D) PENEBAT "ROCKWOOL"





Dijumpai pada tahun 1840an. Diperbuat daripada "mineral wool". Fungsinya sama dgn cellulose. Biasanya kat RBW bahan ini diletakkan dalam siling atau direct atas atap atau bumbung RBW atau kat dinding yang menghadapi masalah kepanasan.




Penggunaannya di sebuah RBW. Katanya mampu menurunkan suhu antara 2-5 degrees celcius. Kenal pasti dulu kawasan yang panas dan apply kat situ saja....jangan semua sebab benda ni mahal. Dengar cerita harganya RM40 segulung yang berukuran  2.5 meters X 0.575 meters X 50 mm (8.2 feet X 1.9 feet X 2 inches

---selamat mencuba---
.............to be continue.........


How to reduce heat in your RBW/BH ?........Part 2

2. Water inside & outside RBW

Bermacam cara digunakan untuk meletakkan air dalam RBW ni ada yang pakai basin, buat kolam, pakai kolam mandi anak dan basahkan lantai pakai auto water timer. Kalau rasa ada lagi............lu pikirlah sendiri. Cuma kena pastikan jangan sampai nyamuk membiak, walaupun orang kata dalam RBW nyamuk tak sempat hidup sebab dimakan walit. Tapi mungkin betul dakwaan ini sebab sepanjang saya masuk mana-mana RBW ni tak de pulak nyamuk. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga letaklah ubat (abate) mintak kat hospital percuma je. Cuma jangan mintak kat bhg farmasi......tak pasal-pasal kena halau nanti. Mintak kat bahagian kawalan penyakit. Atau pasang water pump akuarium bagi air tu berpusing dan letak ikan sekali 3 4 ekor.
Kalau kat bahagian luar pula biasanya orang buat kolam ni kat atas RBW tapi risikonya nanti akan leaking dan air masuk ke dalam RBW. Jom tengok gambar......











waterpond outside on the rooftop


 
........to be continue......

How to reduce heat in your RBW/BH ?........Part 1

1. Humidifier

Penggunaan mesin kabus seolah-olah satu kemestian pada setiap RBW bagi membantu mengawal suhu dan kelembapan. Terdapat 2 jenis mesin kabus ini iaitu jenis standard dan jenis ultrasonic. Apa bezanya......beza dari segi harga ......yang ultrasonic lebih mahal. Beza dari aspek kualiti kabus.......ultrasonic menghasilkan kabus yang lebih halus. Dari aspek bunyi.......ultrasonic lebih senyap. Cuma kelemahan ultrasonic ni dia punya life span tak panjang.....kalau yang standard tu tahan sikit.


Beberapa jenis ultrasonic humidifier



biasanya satu mesin kabus ultrasonic ni boleh cover seluruh RBW guna teknik piping yang betul


Yang ni pulak jenis standard je paling banyak pakai kat RBW.....belah kiri bising sikit bunyinya dan kanan soundless



...........to be continue.........

Kenapa Panas Sangat Sekarang?

Sejak akhir-akhir ni terasa panas semacam aje......kalau dulu pagi-pagi buta ni punyalah sejuk tapi sekarang tengah solat subuh tu boleh berpeluh punya. Budak-budak kat rumah pun makin kuat minum air batu sekarang ni. Tidur malam pun dah tak berbaju, kipas no 5 tu. Kita pun dah tak tahan, macam manalah ngan sang walit ye!.

Menurut sumber bernama........

KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini. "Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya.

Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998. "(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lu
buk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C)," katanya.

Saw berkata, keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak, seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu. Beliau menasihatkan orang ramai mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya. Sementara itu, di beberapa kedai elektrik sekitar bandar raya Kuala Lumpur, jualan pendingin hawa meningkat. Penolong Pengurus Courts Mammoth Cawangan Cheras, Abdul Rahim Mohammad, berkata dua tiga hari kebelakangan ini, banyak pelanggan yang membeli pendingin hawa. "Saya tidak dapat memberikan jumlahnya tetapi memang kami ada dapat banyak tempahan daripada pelanggan," katanya.

Syarikat Sen Heng Cawangan Kepong juga mencatat peningkatan penjualan produk itu dalam tempoh seminggu lalu. "Satu minggu saya rasa purata dalam 12 unit. Semalam sahaja empat hingga lima unit dijual. Sebelum ini tidak seperti sekarang, saya rasa ini adalah disebabkan faktor cuaca sekarang," kata jurujual, Mohd Hairani Abdul Wahab. -BERNAMA

Wednesday, May 11, 2011

Adakah betul teknik penggunaan 2 LMB?

(gambar hiasan: adakah pemilik RBW ni menghadapi masalah dibawah?)



lubang masuk burung walet yang salah

Penggunaan Lubang masuk burung lebih dari satu seperti ini sering dilakukan oleh pengusaha RBW dengan alasan yang bermacam- macam seperti menghadap ke arah burung walet mencari makan, ada yang menghadap ke sungai dsbg.

Akibat yang ditimbulkan penggunaan dua lubang ini adalah burung akan masuk dari sisi yang satu dan keluar dari sisi yang lain. Burung hanya akan bermain di rooving room anda tanpa berniat masuk ke lantai bersarang (nesting room).

Maka banyak permasalahan mengapa rumah walet di rooving roomnya banyak kotoran walet sedangkan sarang waletnya sedikit.


lubang masuk burung walet yang benar

Penggunaan dua atau lebih lubang masuk boleh dilakukan dengan cara di satu arah saja. Maka burung tidak akan hanya keluar masuk rumah walet kemudian keluar.

Sebaiknya untuk peningkatan populasi burung walet dan sarang walet gunakan cara pengaturan lubang masuk satu arah saja dan dianjurkan penggunaan lubang sebaiknya satu karena mengurangi kecurigaan burung walet untuk masuk dan juga lebih aman.

Hal ini sudah dialami oleh banyak orang. Setelah perubahan lubang masuk populasi burung walet mengalami peningkatan dan kotoran walet mulai berkurang di rooving room.

Artikel ini disedut dari http://www.waletgroup.com/.

Ulasan waletbertam:

Bagi saya benda ni subjektif dan tiada bukti emperikal yang kedudukan LMB camtu gagal. Sebab ada saja RBW yang LMBnya macam tu yang berjaya. Kalau di Indonesia RBW yang bersaiz besar punya LMB lebih dari satu dan ada juga dari arah yang exactly berbeza-beza kerana memberi ruang yang lebih untuk walit keluar masuk disebabkan populasi walitnya tinggi. Kebanyakkan LMB di Indonesia dibuat kecil sahaja bagi menghalang pencuri masuk melalui LMB. Justeru, untuk memudahkan walit masuk melalui LMB yang bersaiz kecil perlu dibuat banyak LMB (betul kut teori saya ni) dai pelbagai arah.

RBW with variety material...........RBW dengan pelbagai bahan binaan.

Macam-macam bahan binaan telah digunakan bagi membina RBW sekarang ini. Semua ini bergantung kepada poket kita tebal ke nipis. Kalau mampu buatlah dengan material yang terbaik, jika tidak binalah mengikut kemampuan kita.

Apa pun bahan yang kita pakai bukan kita yang menentukan tetapi sang walit yang akan buat keputusan. Jom kita tengok beberapa buah RBW dengan bahan binaan yang berbeza-beza.

1. Batu Bata
 Penggunaan bata merah : sejuk dalaman, baunya disukai walet, kos sederhana dan agak selamat kerana kuat.
Penggunaan light weight brick : kosnya agak tinggi RM6-7 sebiji, pembinaan cepat, sejuk dalaman tetapi security lemah.

Penggunaan bata press: kos murah, ambil masa untuk hilang bau simen, agak kuat.

Penggunaan simen sahaja: tiada bata digunakan, simen diikat dengan BRC dan dilapik polistrin di dalam bagi tujuan menyejukkan. Tahap keselamatan agak membimbangkan.


2. Zinklum



Penggunaan zinklum: kosnya lebih murah daripada bata, mempunyai bahan penebat di sebelah dalam, lebih ringan dan sesuai di tempat yang struktur tanahnya lemah. Dah banyak RBW zinklum yang berjaya.

3. Kayu @ Papan


RBW ni terletak di Miri......kata tuannya dah keluar hasil hampir 2 kg sebulan.....boleh berjaya kan!



Di Indonesia banyak RBW yang dibina daripada kayu @ papan dan berjaya.

4. Simen Board

Buat masa ni saya takde sumber yang kukuh tentang kejayaan RBW simen board ni. Cuma ada orang kata kat Besut dah ada yang dapat hasil 1 kg sebulan.....wallahua'lam.


 5. Polyurethane





Tengok tu dah ada walit buat sarang & bertelur pun dalam RBW polyurethane ni.....ingat bukan kita yang tentukan tetapi walit yang pilih.

6. Plastik

Tengok......plastik pun dia orang pakai buat RBW. Yang ni di Indonesia......banyak sangat kut walit kat sana, bina dengan apa pun semua jadi. Boleh try cuba belakang rumah kat kampung......belanja ciput je ni!. Tahap keselamatan......sendiri mau ingat lah!.

7. Kontena



Bagi yang nak jimat kos juga.....boleh cuba pakai kontena, cuma kena pastikan suhu dan kelembapan ikut spec.


Rasanya setakat tu je dulu 7 jenis bahan yang telah diguna bagi membina RBW. Kalau ada new invention nanti kita update lagi. Moral of the story.........binalah dari apa pun RBW anda tapi yang menentukan kejayaan anda adalah Yang Maha Berkuasa melalui asbab makhluknya yang bernama WALIT.....fikir-fikirkan.

Wassalam.