Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Monday, January 31, 2011

Tahap Keselamatan RBW.......Part 2

 

Last posting, kita telah bercerita tentang beberapa kaedah yang digunapakai bagi meningkatkan lagi tahap security di RBW kita. Namun, kita perlu ingat dan sedar bahawa kuasa yg memberi keselamatan dan keamanan itu adalah kuasa mutlak milik Allah. Jadi, sudah sayugialah jua (ayat kitab tua ni) kita menggunakan kaedah menjaga keselamatan cara Islam di samping kita menggunakan teknologi2 moden.

Berikut adalah cara2 untuk kita memagar dan mendinding rumah atau apa2 properties dari sebarang musuh yang telah di amalkan oleh orang dulu-dulu (kaedah ini hanya untuk orang Islam sahaja).

Bahan-bahannya:
1.      Tukul besi
2.      Teras kayu asam jawa (pokok celagi)
3.      Air Yaasiin atau garam kasar
4.      Ayat Quran (surah Fatihah , ayat kursi & ayat 1-9 surah  Yasiin)
Cara-caranya:
Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggul tadi sambil mengadap ke penjuru seterusnya yang di tuju dan baca:
  • bismillah, al-Fathihah, ayat kursi dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.
Kemudian baca :
  • Ini tembok Nabi Sulaiman, Dalamnya laut luarnya kota, Kalau kamu pecah kota ini, Kamu akan berenang dalam laut.
Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru seterusnya dengan membaca ayat di atas berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi teras kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya hingga kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.
Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melingkungi bahagian atas rumah tadi.
Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasa seolah-olah berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang untuk menyelamatkan diri dari lemas.
Setelah siap......bacalah doa ini

Doa Abu Darda'
& tawakkal dengan ikhlas dan yakin kepada Allah. Insya'Allah RBW kita selamat dari penceroboh yang bernama "MANUSIA" ni.
Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR........selamat beramal.

Tahap keselamatan RBW anda.....Part 1

Pernahkah anda memikirkan tahap keselamatan RBW anda apabila anda mula membinanya. Tahukah anda bahawa RBW yg berjaya adalah umpama sebuah BANK kepada tuannya?. RBW yang kita bina akan menghadapi pelbagai serangan musuh seperti burung hantu, helang, kucing, biawak, tupai, kera, ular, cicak, semut, kala jengking, lipan dan anai-anai. Kalau tidak dijaga dgn baik abih duit2 kita nanti dimakan oleh mereka. Tapi tu semua dah ada cara mengatasinya (cari je kat internet). Yg saya nak cerita kali ni ialah musuh paling berbahaya iaitu “MANUSIA”.......

Antara kaedah keselematan:
Oleh kerana penceroboh RBW skarang pakai taktik pecah dinding, maka disarankan pakai bata merah (kalau takde bajet) paling tidak pun tingkat bawah krn lebih kukuh berbanding bata pasir & bata ringan.

Pasanglah pagar di sekeliling RBW anda (kalau ada bajetlah).

Guna pintu besi berlapis dgn teknik kunci bersilang luar dan dalam


 
CCTV hanya mampu untuk mengecam penceroboh....tu pun kalau tak pakai head glove


 
Ada yg sampai terpaksa pakai pagar elektrik......ttp perlu berhati2 tinggi risikonya.


 
Ada juga RBW yg pakai alarm dan dihubungkan terus ke handphone tuan RBW


 
ada jugak yg sanggup menggaji security guard......tp kalau asyik tidur je RBW kene pecah jugak baik tak payah.

 
Tak ketinggalan juga yg menggunakan khidmat 2 spesis makhluk Allah ini

Kalau semua kaedah ni tak berjaya jugak.......????????

-to be continue-

sinopsis Part2......security menggunakan kaedah memagar cara Islam.....jangan ketinggalan nantikannya dari waletbertam....ilalliqa'.

Sunday, January 30, 2011

Pembekal Peralatan Walet...........

Saya ada cari skit kedai2 yg jual peralatan walet dr internet ni dan hasilnya spt di bawah. So, mana2 sahabat yg ada lebih informasi bleh lah kongsi sama2.

SELANGOR 
GMYS ENTERPRISE
NO:3 JALAN RAYA TIMUR 41000 KLANG
SELANGOR
CONTACT:SAM HP:016-2868008, TEL/FAX : 603-33739641

 KEDAH

 MDK SWIFTLET ENTERPRISE
NO:1 LORONG MELATI 1/1
TAMAN CEMARA 08000
SUNGAI PETANI
KEDAH
CONTACT:MR.KOAY HP:012-4839653
TEL:604-4214116
FAX:604-4238115


KELANTAN

HY WALET ENTERPRISE
NO:3823 JALAN HAMZAH 15050
KOTA BAHRU
KELANTAN
CONTACT: MR.CHONG HP:012-2235072
TEL/FAX:09-7435072


PERAK

YSC AGRO SDN.BHD
29-35(1stFloor),JALAN KOTA,
34000 TAIPING,PERAK
(above Public Bank Taiping)
TEL: 05-8093663
FAX: 05-8065663
Contact:RAYMOND HP:017-2083663
Website: www.yscagro.com

Saturday, January 29, 2011

1st Ranking RBW Muadzam Shah.......jom layaaaannn!.

2010 adalah merupakan tahun tsunami industri walet di seluruh Malaysia. RBW dibina bagaikan cendawan tumbuh slps hujan. Muadzam Shah juga tidak terlepas dgn fenomena ini......rumah kedai, rumah taman, rumah kampung, tanah pertanian semua nya mula membina RBW sendiri. Ada yg berkos tinggi & ada yg berkos ciput bergantung kpd ketebalan wallet bukan walet ye. Untk kali ni saya nak kongsi ngan readers semua RBW paling top di Muadzam......jom layan.

(Pandangan sisi)
RBW ni tentunya kepunyaan taukey cha ya nun alif. Shoplot 2 tkt yg dipajak drpd org kita (mnangis air mata darah lah landlord). Rasanya baru 2-3 tahun beroperasi. Dikira pioneer sbb tak banyak RBW masa tu. Dengar cerita hasilnya dah 8-9kg skali harvest.... brape RM sendiri mau kira ma!. LBM style open roof top & kat sini semua RBW guna teknik yg sama. Opposite RBW ni org kita punya Melayu, juga pioneer dan berjaya.......cerita dia next posting nanti ye!.

(Pandangan belakang)
paling best tgk RBW ni bila pukul 6.45pm-7.30pm........fuyooooh macam pilot kamikaze terjun masuk ma. Walet kat RBW ni sentiasa ada dok bertawaf kat roof top tak kira masa. Mungkin sbb tempat makannya dekat je krn Muadzam ni dikelilingi dgn pokok2 hijau....so, kira bleh ulang alik je lah.

So, bg RBW yg baru..... berusaha & terus berusaha di samping doa & tawakkal serta banyakkan amalan2 dimurahkan rezeki oleh Allah......ilalliqa'.

Pelbagai Design RBW......macam-macam adaaaa!

Part 1
Bhg ni ambo nak tunjuk bbrp contoh RBW yg diperbuat drpd kayu @ papan. Contoh jah ni......kalu nak kelih banyok lagi demo pakat caghi lah dale internet tu blana kokna (memang banyak). Gambar2 ni semua ihsan sahabat2 blogger.

Structure semua kayu......waduuuhh hebat bangat ni bapak!

Tengok2.....bumbung rumah pun jadilah kalau x de bajet.

 Rumah2 lama yg ditinggalkan kat kg tu kalau tak de org nak duduk @ sewa.......ape lagi convert RBW lah bro!.....tp cek lokasi dulu walet nya ade ke tak.

Kecil2 cili padi ni......





Jadi.....wahai kaum Melayu yg ada di Malaysia ayuuuh bangkit utk tingkatkan ekonomi kita dgn industri walet ni. Sudah tiada lagi MOMOKAN "kalau lu tatak itu dua latus libu aaahhh...... lu nyagan cakap mau bikin itu  lumah bulung aaahh".....ambo quote hok sbenar ni bukan buat2.

Part 2.......to be continued......

Jom.....kenali Bandar Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur


Bandar Muadzam Shah adalah sebuah bandar di Rompin, tenggara Pahang, Malaysia. Terletak di Latitud = 3 ° 03 'dan Bujur = 103 ° 05', ianya terletak 80km dari Segamat, 110km dari Kuantan dan sekitar 250 km dari Kuala Lumpur. Ini adalah persinggahan utama bagi para pelancong yang datang dari utara Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang akan ke Pantai Timur.
Serba sedikit maklumat tentang Bandar Muadzam Shah:
ü  Lebar kawasan: 316 996.5 hektar
ü  Penduduk: 70,000 (2006)
ü  Taburan penduduk:
  -Felda 59.6%
  -Town area 33.6%
  -Orang Asli kampung 5,5%
  -Perkampungan Melayu 1,3%
ü  Kegiatan Pokok: penduduk Felda, pekerja kerajaan, pekerja swasta, petani
ü  Majoriti: 99,9% Melayu, 1% lain-lain.


ü  Jarak pemanduan ke Muadzam Shah:
  -3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur
  -1 jam memandu dari Segamat
  -1 1 / 2 jam perjalanan dari Kuantan
  -1 jam memandu ke Tg Gemok - untuk ke Pulau Tioman
ü  persekitaran yang kondusif untuk kajian - jauh dari kerumitan dan hiruk pikuk sebuah bandar besar

Sejarah Ringkas
Bandar Muadzam Shah adalah sebuah bandar didalam daerah Rompin, di sebelah tenggara Pahang, Malaysia. Ianya dibuka pada tahun 1979 oleh Pahang Tenggara Development Authority (Dara), atau Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara, sebagai sebuah bandar kecil yang dikendalikan secara peribadi. Namun pada 15 Jun 1999, Muadzam Shah secara rasmi diserahkan kepada kerajaan persekutuan dan kemudian dipindahkan di bawah  pengurusan Majlis Daerah Rompin.

Malaysia Cave Swiftlet's 马来西亚洞金丝燕

Subhanallah.......Agung sungguh penciptaan Mu Ya Allah.

Salam Ukhuwwah......suatu permulaan.

Assalamualaikum wrt.wbh.

Salam ukhuwwah dan perkenalan buat semua yg terlibat di dalam industri perwaletan ini samada secara langsung atau tidak. Sebagai orang baru dalam bidang ini saya amat memerlukan tunjuk ajar daripada sahabat2 semua dan diharapkan blog saya ini mampu menjadi platform untuk kita sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan tentang industri perwaletan ini.  Blog ini still under construction......segala kesulitan amatlah dikesali.

Wassalam.