Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Friday, February 25, 2011

Sarang tiruan @ fake nest ......

Sarang tiruan atau imitasi sangat efektif digunakan di RBW/RBL yg baru bagi memancing walet untuk tinggal di rumah baru. Walet juga akan merasa selesa apabila mendapati begitu banyak sarang (padahal tiruan je)sesuai dgn suara koloni yg didengarinya. Justeru, keadaan ini akan membuat walet tinggal dan akhirnya membina sarang mereka. Ia juga sebenarnya dijadikan sbg satu asas @ foundation bagi memudahkan walet membina sarangnya, maklumlah rumah baru. Bila dah lama dan asas2 sarang dah banyak mungkin dah tak perlu lagi pakai fake nest ni.


 

Di atas contoh sarang tiruan drpd aluminium dan telah terbukti keberkesanannya. Walet sangat suka buat sarang kat aluminium plate ni mungkin kerana ianya lebih sejuk berbanding material lain. Cuma jenis ni harganya ?????


Yang ni pula diperbuat daripada plastik. Kelebihan jenis plastik ni, kita boleh rendam dulu dalam aroma @ portion kemudian baru dipasang bagi menarik walet untuk membina sarangnya. Pasal harga....????


Material seterusnya......styrofoam @ polistrin. Yang ni lagi jimat "zero costing"......hang cari je bahan ni yang diletakkan dlm kotak2 barangan elektrik. Kalau dah takde sangat.....kutip je bekas2 makanan polistrin kat majlis2 makan atau kat tepi2 jalan tu.


 Bahan seterusnya ialah kertas......ya betul! kertas pun jadi. Yang ni lagi jimat dan tak perlu bersusah payah nak mencarinya cuma bentuk sarang je agak kurang menarik yg mengakibatkan grade jadi rendah.


Ada juga yang menggunakan kayu segi tiga ni.......yang ni ready made just bayar je.


Eh....kopiah pun buat fake nest ke!.....bukanlah tuan2.....netting yg mungkin diperbuat drpd plastik atau dawai.

Sebenarnya, banyak lagi bahan lain boleh digunakan untuk buat fake nest ni......anda kreatif anda fikirlah sendiri. Yang mana paling berkesan?.....anda boleh uji sendiri. Mungkin anda boleh pelbagaikan material fake nest ni kat RBW anda dan tengok yg mana satu menjadi pilihan sang walet. Manakala tempat yang paling sesuai untuk diletakkan fake nest ni ialah berdekatan dengan tweeters dan corners. Selamat mencuba.......semoga berjaya Insya'Allah.


Wednesday, February 23, 2011

Berapa agaknya ketinggian antara lantai (TAL) yg terbaik?


Soalan ni nampak mudah tapi hanya burung walet yg bisa menjawabnya. Sebanarnya tidak ada ketinggian lantai yg tetap cuma range yang dibuat antara 6 kaki – 15 kaki itu mengambil kira beberapa perkara antaranya:
1.       Kalau rendah sangat cthnya bawah 6 kaki maka susah untuk kita masuk ke RBW, mungkin terpaksa membongkok dan ini tentunya menyukarkan pergerakkan. Keluar RBW konpem sakit pinggang.
2.       Satu lagi bila RBW kita dah ada banyak burung, maka bila burung2 ni roving……debu2 akan naik dan mengenai sarang. Maka grade sarang pun terus menjunam jatuh.
3.       Burung pun tak berapa selesa kalau rendah sangat berbanding ruang yg lagi tinggi. Macam kita lah…..org tinggi 6 kaki masuk pintu rumah yg tingginya 5 kaki, camna rasa?????
4.       Kalau tinggi sangat  cthnya lebih drpd 15m maka kesukaran yg paling utama ialah untuk sampai ke ketinggian tersebut untuk kutip sarang dan maintenance spt cek dan baiki tweeter dan macam2 lagi lah. Jenuh nak mengangkat tangga ke hulu ke hilir…..bang!.
Jadi, banyak aspek perlu di ambil kira untuk menentukan TAL ni. Kalau bajet rendah mungkin tidak perlu ruang yang tinggi, cukup dgn TAL yg minima. Cuma kebiasaanaya ramai pengusaha RBW membuat TAL ni setinggi 10 kaki sahaja.
Ada sebahagian  tu buat 15 kaki dan dalamnya dibuat macam “varanda/balkoni” . Boleh tahan jugaklah design ni, mampu memaksimakan jumlah sarang dan menyediakan ruang legar yang lebih selesa kpd walet utk roving. Justeru, pilihlah jarak TAL yg sesuai antara 6 kaki – 15 kaki
Apa pun……RBW anda & anda tentukan dan yang paling penting usaha, ikhtiar, tawakkal dan doa. Wallahua’lam…….

Wednesday, February 16, 2011

Apa Yang Perlu Anda Tahu Kalau nak Jadi Pengusaha RBW …



  1. Di mana nak buat RBW ni? ....maksudnya pemilihan lokasi tu perlu tepat. Kalau perlu buat cek lokasi dulu....jangan main hentam kromo je.....tengok org buat RBW kita pun nak buat jugak.
  2. Brape bajet RBW kita?
  3. Apa bahan yg akan digunakan bata merah, bata pasir, bata ringan, zinklum, plywood, simenboard atau papan?
  4. Berapa saiz bangunan.....berapa tinggi antara lantai.....berapa banyak lubang ventilasi diperlukan.....dan design dalamannya macam mana?
  5. Kena tahu cara walet terbang kat situ....ikut arah jam ke lawan arah jam?... laluan terbang walet (flying path), arah matahari turun naik, arah angin, arah sumber air (jika ada)......semua ni penting kerana membantu dalam penentuan dan jenis Lubang Masuk Burung (entry hole).
  6. Bagaimana nak menentukan lubang antara lantai (LAL)......silap locate burung tak turun ke bawah?
  7. Tentang papan sirip (nesting plank) kene tahu apa jenis bahan yg nak pakai? Camna design nak pasang papan sirip tu? Penjagaan papan sirip dari kulat? Penggunaan sarang tiruan pada papan sirip?
  8. Kadar cahaya berapa.......bagaimana nak mengawal cahaya masuk cth buat partition?
  9. Berapa suhu sepatutnya?......camna cara nak ukur (alat)?.....kalau suhu lebih bagaimana cara nak mengatasi?
  10. Berapa tahap kelembapan?.....apa alat untuk mengawal kelembapan?.......berapa banyak alat perlu pakai?
  11. Apa keperluan dari aspek sound sistem?......berapa banyak tweeter luar & dalam nak pakai? Perlu pakai hexagon/ bazooka ke tak RBW kita?.........apa jenisnya?.....dimana nak pasang?.....cara nak pasang camna?.....power amp berapa banyak perlu ada?......apa jenisnya? Camna nak setting tahap suara pada amp?Berapa kuat suara di pasang (sound level)?
  12. Belajar lah sikit tentang suara walet ni.....mana satu suara luar dan mana satu suara dalam?.....kalau nak mendalam lagi, kenal jenis2 suara walet.....koloni, ibu, anak, kahwin, meloloh.....macam2 lagilah.
  13. Bila dah siap RBW kita nanti.......berapa kerap kita perlu masuk?.......bila time yg sesuai nak masuk?......apa pantang larang bila nak masuk BH ni?
  14. Apakah musuh2 bg walet atau RBW?.....cara mengatasi?
  15. Apakah tahap keselamatan yg perlu kita sediakan?
  16. Bagaimana nak menyediakan makanan bg walet (serangga)......
  17. Teknik atau cara penuaian (harvest) ?.......ini penting bagi populasi walet. Apa tools2 yg perlu ada untuk penuaian?
  18. Bila dah dapat hasil nanti.......ambil tahu pasal harga dan market?
  19. Kena taulah sikit tentang undang2 & akta berkaitan industri ni......apa itu 1Gp?.....undang2 PBT......dll.......knape saya letak UU ni yg terakhir......sbbnya kita harap  org Melayu ni buat je dulu RBW tu....jgn kisah sgt pasal UU tu (ni saya quote kata2 peg Veterinar dlm kursus). Kalau kaum lain boleh buat RBW dgn membakulsampahkan UU ni......knape kita perlu takut-takut untuk menceburi industri ini dibumi sendiri.

Yang ni hanyalah beberapa perkara asas yg perlu kita ambil tahu bila nak menceburi industri ini (pendapat saya lah). Banyak lagi sebenarnya kalau kita nak perincikan.....tambah sendiri je lah nanti. Namun semua tu anda boleh dapati jika rajin bertanya, mencari dalam internet, baca buku & hadir ke kursus2 khusus ttg ilmu perwaletan ni......bukan yg anjuran Jabatan Vetrinar punya. Yang tu terlalu asas sangat dan lebih kepada prosedur & undang-undang. Yang penting hadir kursus veterinar ni ialah nak dapatkan sijil aje bagi sesiapa nak mohon lesen & loan agrobank. Semoga semua yang terlibat dalam industri ini berjaya suatu hari nanti. Ingat tuan-tuan.......Industri Sarang Burung Walet ni telah mengatasi hasil petroleum di Indonesia.....inilah Emas Dari langit.

Monday, February 14, 2011

Kenalkah anda Gua Gomantong ?

Kalau masuk industri walet ni & tak kenal Gua Gomantong......memang tak patutlah. So, sebagai ilmu tambahan kita cerita sikit tentang gua yg amat bernilai ini & site visit secara maya thru video kat bawah tu.....jom layan jerrr!.



Dilabelkan sebagai “Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Dunia” oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), Gua Gomantong yang terletak di tengah-tengah Hutan Simpan Gomantong telah menjadi tumpuan dunia bagi sarang burung semenjak berabad lalu.
Semenjak abad ke-13, pedagang-pedagang Cina telah datang ke Sandakan dalam usaha mencari sarang burung, sejenis makanan istimewa dalam kalangan orang-orang Cina. Hidangan berharga ini diperoleh daripada ketinggian 100 meter di siling Gua Gomantong. Para pengutip sarang burung mempertaruhkan nyawa mereka dengan memanjat tangga binaan daripada rotan dan tali untuk mendapatkan sarang burung tersebut. Cara pengutipan yang berisiko tinggi ini menjadikan komoditi tersebut amat berharga dan mahal.
Terdapat dua kompleks gua iaitu Simud Hitam (Gua Hitam) menganjur sehingga ke ketinggian 90 meter dan lebih mudah didaki berbanding Simud Putih (Gua Putih), tempat memperoleh sarang-sarang yang berharga. Untuk sampai ke Simud Hitam memerlukan 5 minit perjalanan dari pusat pendaftaran. Laluan berpapan yang sentiasa diselia memberikan kemudahan kepada untuk membuat aktiviti penjelajahan atau menyaksikan sendiri kemahiran pengutip sarang burung menjalankan tugas mereka.
Haiwan yang menghuni gua tersebut termasuklah burung layang-layang (yang menghasilkan sarang burung yang dikutip), kelawar dan jutaan lipas dan spesis binatang yg agak pelik spt lipan gua. Di bahagian luar, anda dapat menyaksikan burung-burung lain seperti helang jambul, helang malam dan raja udang. Malah, anda juga mungkin berpeluang menyaksikan orang utan. Untuk penjelajahan yang lebih mencabar anda perlu menempah lebih awal.
Kemudahan yang disediakan termasuklah kawasan berkelah dan juga Chalet Hutan Hujan Gomantong yang boleh memuatkan sehingga 30 orang.
Cara ke Sana
Perjalanan bas sejauh 95 km yang berlepas dari bandar Sandakan ke Sukau dan mengambil masa selama satu setengah jam. Tambang yang dikenakan ialah RM17.00 setiap perjalanan. Anda boleh mengaturkan lawatan anda dengan pengendali pelancongan tempatan atau Jabatan Perhutanan.
Masa Melawat
Setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Yuran Kemasukan
Pemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00
Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00
(Caj tambahan akan dikenakan untuk penggunaan peralatan fotografi)
Keterangan Lanjut
Pengutipan sarang burung lazimnya dilaksanakan antara bulan Februari dan Ogos.

(sumber:  Jabatan Perhutanan Sabah & tambah sendiri sikit2)

Faktor Penting Pembinaan RBW......Habitat Makro Walet

Antara faktor utama sebelum kita nak bina RBW ni ialah mengenali habitat Makro walet. Kalau tersilap lokasi.......3-4 tahun lah RBW kita tak berpenghuni atau maybe langsung takde sampai kesudah. Jadi kali ini mari kita kenali habitat makro walet bg yang baru nak menceburi bidang ini lah (xpertise2 seme dah tau ni).....jom layan jer!:
  1. Kawasan Berair (paling penting) : nape ye?....kerana walet ni dia buat sarang dari air kelenjar (suliva). maka air amat diperlukan bg mengelakkan kekeringan. Jd, kalau nak bina RBW tu carilah kawasan yg dekat dgn sungai, tasik, tali air dan kolam. Suhu dan kelembapan juga terkesan jika RBW dekat dgn sumber air ni.
  2. Kawasan Perburuan makanan: rutin harian walet ialah keluar pagi mencari makanan. Di mana ada makanan disitulah tempat yang dituju oleh sang walet ni. Kekadang tu sampai 50km-60km terbang memburu makanan. Kalau tuan2 jumpa kawasan walet memburu makanan dan tiada RBW disitu.....maka amatlah susuai dibangunkan RBW.....jadi walet tak perlu lagi travel jauh2.
  3. Kawasan Hijau iaitu kawasan yang subur dengan pokok dan tanaman. Nape ye walet suka kawasan ni?........sbb kawasan ni banyak serangga yang dihasilkan bila musim pokok2 berbunga dan proses ini berlaku sepanjang tahun kerana hutan negara kita ni hutan hujan tropika. So, bila pokok berbunga maka banyak serangga datang untuk proses pendebungaan dan sudah tentu walet juga banyak bila makanannya banyak.
  4. Kawasan Hunian (Central Walit): merupakan kawasan yang banyak RBW telah dibangunkan spt yg terdapat di pekan2 dan bandar sekarang. Kawasan ini menjadi tumpuan walet setelah pulang dari perburuan pada petang hari. Membangun RBW di kawasan camni memang cepat berjaya kerana populasi walet amat tinggi. banyak walet2 muda yang perlukan tempat tinggal baru. Namun, jika central tersebut terlalu jauh dgn kawasan perburuan makanan maka burung terpaksa travel jauh utk mencari makanan dan risikonya....?
  5. Kawasan laluan : kawasan ni agak berisiko dan lambat dihuni walet iaitu kawasan tersebut hanya menjadi laluan pergi dan balik walet sahaja pada waktu pagi dan petang bagi walet2 yg tinggal dibandar (central walet). Kawasan ini juga sesuai kerana ia spt polis buat 'roblock'. Walet akan singgah RBW tu dan buat tinjauan jika sesuai maka ia akan pindah dan tinggal disitu. Jadi, tak perlu lagi aku dok terbang jauh2 nak cari makan. Ni lah risiko RBW kat central yg dah terlalu membangun dan takde sumber makanan.......

Jadi, kalau sesiapa yang mempunya lokasi yang mempunyai gabungan semua habitat di atas, maka kawasan tersebut amatlah berpotensi untuk dibangunkan RBW. Namun begitu bird call test perlu dilakukan jika di kawasan tersebut belum lagi ada RBW bagi mengurangkan risiko pelaburan anda.....ni hanya pandangan saya betul ke tak walluha'lam.

Sunday, February 13, 2011

Highway Swiftlet Hotel....

RBW ni betul2 kat tepi Highway

Masa on the way balik kampung cuti raya Cina baru ni terjumpa ngan RBW ni. Terletak di tepi highway Kuantan-KL dalam kebun sawit & getah. Siapa punya?.....saya pun tak tahu yg pasti tuan punya ladang lah punya. The exactly area is just 35 km after Gambang Tol or just after RnR Gambang on your right. Dok intai2 dlm perjalanan sepanjang highway ni burung ada jugak tapi RBW nya?....rasanya yg ni satu je kat tepi highway lah. Mungkin dibina utk walet2 yg melalui highway ni....yeah Highway Swiftlet Hotel. Yg menarik RBW ni ialah ianya tiada atap tetapi berbumbungkan grass or paddy.....mungkin tujuannya utk menyejukkan RBW & menjadi sumber makanan walet. Tetapi kena hati2.....banyak kes yg berlaku after a few years operation bangunan mula leaking dan air masuk ke dalam RBW.

Friday, February 11, 2011

RUTIN HARIAN SANG WALET


 
Pemerhatian ini di buat di kawasan Muadzam Shah, Pahang dan mungkin berbeza di tempat anda (kalau beza pun rasanya tak lah jauh sangat kut).
  • 6.30 pagi - 11 pagi:- mula keluar drpd BH, kat sini burung lewat skit kuar sbb x perlu travel jauh nak cari makan. Pastu burung lepak kat pokok2 hijau dan padang (kawasan lapang lah mudah cerita) atau kawasan berdekatan BH sbb cepat dapat makanan.
  • Pukul 11 pagi hingga 3 ptg :- bila makanan yang dekat2 dah semakin kurang, berpindah pulak sang walet ni untuk lepak kat hutan pokok2 tinggi dan kebun cari pokok berbunga sebab kat situ ada banyak serangga (kalo kat tempat ambo d Muadzam pokok akasia lah yg menjadi tumpuan walet ni, kalau kat kampung ambo di Bertam tu atas pokok ara, kerian, petai belalang, kelapa, pinang dan pokok buah2an spt durian & dokong). Kalau BH dekat ada yg balik time lunch hour ni bg anak2 makan.
  • 
    
  • Pukul 3 ptg hingga 5 ptg :- burung lepak kat sungai, paya dan kawasan berair (tasik, loji takungan dll). Sambil memakan serangga yg bermain di atas permukaan air, mereka mandi dan membasahkan sayapnya utk dibawa pulang sebagai minuman kpd sang anak.
  • Pukul 4 ptg hingga 6 ptg :- nampak gaya macam acara bebas ada yang lepak kat padang kawasan lapang....ada yg dok rooving atas pokok2 tinggi & tak ketinggalan yang asyik duduk bermain air di sungai atau pun mana2 kawasan berair.
  • 6 ptg hingga 7.30 mlm "time to go home" tapi on the way balik tu pun sempat lagi singgah 7/11 (seven eleven lah) cari makan utk bekalan malam nanti.
  • 7.30 mlm hingga 5 pagi :- yeeaaah! "I'm back my baby" masa untuk berehat, sambil2 tu blehlah buat sarang dan tidur.

Wednesday, February 9, 2011

1st RBW Kos Tinggi Milik Melayu di Muadzam.........

 
Jom layaaaaannnn.....



Alhamdulillah....akhirnya ada juga anak Melayu yang berani melabur membina RBW berkos tinggi di Muadzam Shah. Pemiliknya seorang pemilik bengkel kenderaan. Dengar cerita kosnya 300k.....3 1/2 tingkat. Tinggi lantai 15 kaki ......teramat selesa bagi walet untuk manuver dan rooving. Masih dalam pembinaan rasanya dah 90% siap. Sekitar kawasan ni baru ada 4 buah RBW (3 Cina & 1 Melayu). Masih boleh dianggap pioneer di kawasan ni. Semoga......pemilik RBW ni akan berjaya suatu hari nanti.