Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Thursday, March 31, 2011

Bercuti dari dunia walet.....

Assalamualaikum semua sahabat walet.....Minggu ini saya tak dapat nak update blog kerana sibuk dengan kursus di Kelana Jaya dari 27 Mac - 1 April. Sunyi sekejap dari dunia perwaletan kerana di tempat saya tinggal ini iaitu di Kompleks Haji Kelana Jaya ini nampaknya tiada BH di sekitarnya. Malah nak jumpa burung walet seekor pun payah kat sini. Ape pun rezeki masing-masing.......mungkin orang kat bandar ni Allah dah anugerahkan mereka rezeki melalui sumber2 yang lain. Jadi, sentiasalah kita ni menjadi hambanya yang bersyukur. Besok last day kursus......next week ingat nak balik jenguk BH kejap kat kampung tu......ma'assalamah.

Saturday, March 26, 2011

Pulling swiftlet by using handphone / Menarik walet menggunakan handphone


Percaya atau tidak? Adakah anda pernah cuba untuk menarik walet menggunakan handphone anda?. Bunyi macam gila tapi itulah hakikatnya hai sahabat walet. Itulah yang saya lakukan ketika saya cuba untuk menguji keberkesanan suara baru. Setelah selesai kerja saya mengedit suara baru menggunakan perisian wave pad dan saya salinkannya ke handphone saya. Kemudian saya menuju ke tempat strategik dan mula memainkannya melalui handphone saya. Setelah beberapa minit .... rasanya tidak lebih dari 5 minit banyak burung mulai berputar dan mengelilingi suara yang keluar dari hp . Ya, itu petanda baik untuk suara baru saya ..... yang telah saya namakannya selepas itu sebagai "Powerbooster". Bagi mereka yang berminat dan ingin mencubanya jangan ragu untuk e-mel saya di badrulpms@yahoo.com untuk harga yang terbaik.


Jadi, inilah cara mudah bagaimana anda boleh cuba untuk mengenalpasti apakah suara baru anda benar-benar baik atau tidak. Kita juga boleh menggunakan cara ini untuk melakukan pemeriksaan lokasi jika kita tidak punya alat untuk melakukannya kerana saya rasa semua orang mempunyai handphone. Jadi, cubalah untuk memaksimumkan penggunaan handphone kita dalam bidang perwaletan ini.......selamat mencuba & ma'assalamah.

Believe it or not? Have you ever try to pull swiftlet using your handphone?. Sounds crazy but it's true my friend. That's what i did when i try to check for the effectiveness of new sound. After finish my job make an editing for a new sound using a wave pad software and then copy it to my handphone. Then I go to the strategic place and play it through my handphone. After a few minutes....i think not more than 5 minutes so many birds starts circling and roving around the sound. Yes, that's a good sign to my new sound.....after that I named it "Powerbooster". For those who are interested and intend to try it don't hesitate to email me at badrulpms@yahoo.com for the best price.

So, this is a simple way that how you can try to see whether your new sound is really good or not. We also can use this way to make a location check if we dont have any gadget to use it because i think everybody must have a handphone. So, try to maximize the usage of our handphone in swiftlet farming.

Tuesday, March 22, 2011

Echolocation – The Compass of Swiftlets



Echolocation, also called biosonar, is the biological sonar used by several animals, most notably microchiropteran bats and odontocetes (toothed whales and dolphins), but has also been demonstrated in simpler form in other groups such as shrews, one genus of megachiropteran bats (Rousettus) and two cave dwelling bird groups, the so called cave swiftlets in the genus Aerodramus (formerly Collocalia) and the unrelated Oilbird Steatornis caripensis. The term echolocation was coined by Donald Griffin, whose work with Robert Galambos was the first to conclusively demonstrate its existence in bats in 1938. However, long before that, the Italian 18th century scientist Lazzaro Spallanzani had, by means of a series of elaborate experiments concluded that bats navigated by hearing and not vision. Echolocation in odontocetes was not properly described before two decades later, by Schevill and McBride. Echolocating animals emit calls out to the environment and listen to the echoes of those calls that return from various objects in the environment. They use these echoes to locate, range, and identify the objects. Echolocation is used for navigation and for foraging (or hunting) in various environments.

The genus, Aerodramus was thought to be the only echolocating swiftlets. These birds use echolocation to locate their roost in dark caves. Unlike a bat’s echolocation, Aerodramus swiftlets make clicking noises that are well within the human range of hearing. The clicks consist of two broad band pulses (3-10 kHz) separated by a slight pause (1-3 milliseconds). The interpulse periods (IPPs) are varied depending on the level of light; in darker situations the bird emits shorter IPPs, as obstacles become harder to see, and longer IPPs are observed when the bird nears the exit of the cave. This behavior is similar to bats as they approach targets. The birds also emit a series of low clicks followed by a call when approaching the nests; presumably to warn nearby birds out of their way. It is thought that the double clicks are used to discriminate between individual birds. Aerodramus sawtelli, the Atiu Swiftlet, and Aerodramus maximus, the Black-nest Swiftlet are the only known species which emit single clicks. The single click is thought be used to avoid voice overlap during echolocation. The use of a single click might be associated with a evolutionary shift in eastern Pacific swiftlets; determining how many clicks the Marquesan Swiftlet emits, could shed light on this. It was also discovered that both the Atiu Swiftlet (Fullard, 1993) and the Papuan Swiftlet (Price et al., 2005) emit clicks while foraging outside at dusk; the latter possibly only in these circumstances considering it might not nest in caves at all. Such behavior is not known to occur in other species (Fullard, 1993) but quite possibly goes given that the Papuan and Atiu Swiftlets are not closely related. However, it has recently been determined that the echolocation vocalizations do not agree with evolutionary relationship between swiftlet species as suggested by DNA sequence comparison (Thomassen & Povel, 2006). This suggests that as in bats, echolocation sounds, once present, adapt rapidly and independently to the particular species' acoustic environment.

Three hypotheses are considered to describe how echolocation evolved in the genus Aerodramus and, as determined more recently, other taxa in the Apodidae. One hypothesis states that echolocation evolved from an ancestral species of swiftlets and was lost in the genera which lack echolocation. A second hypothesis is that echolocation evolved independently several times. The third scenario involves a combination of the first two, i.e. a gain-loss-regain scenario.

Several functional subunits (like vocal muscles and brain areals) are needed to produce the echolocating system. Past studies have thought that the loss of one of these subunits was more likely to occur than acquiring all the traits needed to echolocate. But a recent study (Thomassen et al., 2005) suggests that the echolocation subunits were mainly located in the central nervous system, while the subunits in the vocal apparatus were already present and capable of use before echolocation even evolved. This study supports the second hypothesis of independent evolution of echolocation in Aerodramus and Collocalia, with the subsequent evolution of complex behavior needed to complement the physical echolocation system, or even the third approach, as the vocal apparatus-parts of the echolocation system might even be inherited from some prehistoric nocturnal ancestor.

Rainy Day in Bandar Muadzam Shah......Cheer Up Swiftlet Life.

Hujan adalah satu rahmat bagi semua makhluk Allah termasuklah Sang Walet.......seronok betul tengok walet bermain bila hujan. Ke sana sini berkejaran dengan gembira......semoga hidup kita juga seceria hidup Sang Walet.








The Important of External Sound / Kepentingan Suara Luar


Salam pembaca blog waletbertam.....lamanya tak menulis semenjak cuti sekolah ni. Cuba jugak untuk menulis agar dapat menyumbangkan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama sahabat2 walet. Kali ini saya nak bercerita tentang suara.....
Suara adalah faktor yang paling penting bagi kejayaan sesebuah RBW/RBL/BH.....ye ker!. Bagi sayalah kegagalan menarik perhatian walet untuk rooving di sekitar BH anda......it's a big disaster for your BH. Kerana ini adalah the first step.....gagal pada step pertama bermakna tiada walet yang akan masuk BH anda dan seterusnya menginap.
Sebab itu saya amat bersetuju dengan pendapat2 yang mengatakan bahawa SUARA adalah faktor yg paling penting terutama suara luar.
Jadi, anda kena pastikan setiap masa bahawa suara luar yg anda gunakan itu benar2 berkesan agar walet sentiasa terbang masuk dan keluar BH anda sepanjang hari. Sekiranya anda dapati walet semakin berkurangan atau kurang tertarik dengan suara luar anda mungkin sebab dah boring ngan suara yg diguna atau lebih tertarik kepada suara dari neighbour’s BH, sesuatu mesti anda dilakukan.....ya! tukar aje suara itu dengan “the next from your best sound library”.
Jika anda biarkan tanpa sebarang tindakan......mungkin BH anda lama kelamaan tidak berpenghuni kerana walet anda telah berpindah ke BH lain dan tiada walet baru singgah.
Sebagai seorang pengusaha BH, anda perlu memiliki koleksi suara walet yg pelbagai bukannya hanya bergantung kepada satu suara sahaja. Mulakan sedikit-sedikit mungkin 3....lepas tu tambahkan lagi koleksi dgn bertukar2 suara dengan member2 BH lain atau membeli dari mereka yg telah berjaya.
Tetapi hati-hati......kerana banyak penipuan dalam jualbeli suara ni. Yang penting biarlah berbaloi atau “value for money”......bukan murah bro, ada yg jual satu suara sampai RM300 – RM500 tapi bila balik dengar......hampeh!.
So, mulakan dari sekarang mengumpul koleksi suara walet terbaik anda. Selepas itu, ujian keberkesanan perlu dilakukan dgn membawa koleksi suara ini ke BH anda. Uji satu persatu dan rekodkan kesannya agar mudah nanti untuk anda membuat ranking keutamaan. Pilih tiga teratas sebagai senjata tercanggih anda “your ultimate weapon”.
Ada orang tanya kenapa perlu uji?.......satu soalan yang bagus.
Jawapannya bukan semua suara yang didakwa bagus itu juga bagus utk walet di lokasi kita. Lain lokasi lain keinginan dan seleranya......contohnya mungkin di Sg Petani walet amat menyukai suara “Black Cloud” tetapi bila di Jerantut walet lebih tertarik kepada “Super Jerantut”. Pergi ke Muadzam Shah pulak 2 2 tak jadi, kerana walet di sini lebih suka “Tongkat Ali”.
Ya! mungkin selera walet juga berbeza2.....macam kita lah ada yg suka lagu pop, ada suka rock, ada suka dikir barat, ada suka irama malaysia, ada suka hip hop.....bila dah puas nak dengar lagu lain pulak.
Seperkara lagi, suara juga seolah2 “first expression” bg kita mengiklankan BH kita kepada sang walet liar yang terbang melalui ruang udara kita.....iklan perlu mantap bro. Bila mereka perasan bahawa ada BH baru dengan iklan yang wow menarik! dan pada pendegaran kali pertamanya jatuh cinta.....maka mereka akan melawat “entry hole”.
Apabila anda berjaya menarik mereka mendekati lubang masuk.......seterusnya anda perlu tahu bagaimana untuk menarik mereka masuk. Fikir dan kreatifkan diri anda bagaimana ye nak tarik walet ni ke dalam BH aku bukannya hanya dok rooving kat luar je?......bab ni nanti kita cerita di lain masa......semoga bermanfaat & ma’assalamah.

Tuesday, March 8, 2011

Penyediaan Makanan Walet @ Swiftlet Feeding Food....

Semenjak akhir2 ini kita lihat amat banyak RBW2 baru dibangunkan. Lalu timbul persoalan dibenak pikiran saya.....adakah ianya seiring dgn populasi walet? Atau populasi RBW mengatasi populasi walet?. Jadi, bagi RBW2 yg baru mereka harus lebih kreatif dan berinovasi bg menarik walet menginap di RBW mereka.

Di antara perkara yg boleh anda fikirkan sebagai tarikan (attraction) sesebuah RBW ialah penyediaan makanan bg walet @ “walet feeding food” melalui cara “insect generating”. Sebenarnya dah ramai org menulis tentang hal ini, tapi bila ramai pulak sahabat2 walet bertanya maka saya cuba juga menulis ttg hal ini dengan harapan sama2 dapat menambah ilmu.

Berdasarkan kajian  terdapat 2 cara “feeding food” ini iaitu “internal” ataupun “external”.

1.    Cara “internal” ialah kita menyediakan makanan di dalam RBW kita contohnya roti yang di campur dengan susu. Camna cara2 nak buat sila rujuk blog (swiftlets_zone.blogspot.com).....dgn izin ye bro Shidey!.....bukan ape....saja nak promote hang punye blog. Cara ini bg yg jimat bajet le.


Roti yg telah digaul dgn susu pekat manis
  
2.   Cara “external” iaitu dengan cara mengenaratekan serangga di luar iaitu dalam “insect barn” (kajian oleh Pak Harry sila rujuk swiftletfarming.blogspot.com)....dgn izin ye Pak Harry!. Serangga2 ini akan terbentuk daripada bubur @ “porridge” yg dimasak dan diletakkan dalam reban serangga yg dibina di bawah LMB (lubang masuk burung). Kemudian barulah di masukkan serangga ini ke dalam RBW dengan 2 kaedah iaitu tangkap dan masukkan ke RBW atau membuat laluan terus dari “insect barn” ke RBW. Kaedah ini telah di aplikasikan dan terbukti berjaya meningkatkan jumlah walet yg berlegar di sekitar RBW dan menginap. Cara ini juga boleh diapply samada RBW anda “stand alone” atau “shoplot” (rujuk gambar). Cuma “external method” ni melibatkan kos sedikit bagi penyediaan tempat @ “barn” dan pembelian bahan2 (+- RM60) spt tepung kacang soya, tepung gandum, mee kuning, vitamin & mineral. Dalam pasaran pun ada juga “ready made food powder” yg dijual, cuma harganya agak tinggi. Jadi, nak jimat kita buat sendiri je. Ada juga yang generatekan serangga menggunakan buah2an buruk spt nenas dan pisang.

Contoh model insect barn dgn laluan terus ke BH

Insect barn kat depan & bawah LMB standalone BH


Simple shoplot BH insect barn on the roof top

Bhg dalam dibina rak-rak tempat letak bubur bg generate insect


Beginilah rupa porridge yg akan jadi maggot dulu lepas ni......


 Flies maggots.....
inilah rupa serangga terbang yg terbentuk dari maggots tadi.....
kaedah 1 pemindahan serangga......masukkan dlm satu bekas lain kemudian dilepaskan dlm BH


 Kaedah ke 2....menggunakan laluan terus ke BH. Lampu digunakan utk menarik serangga melalui laluan.

Satu perkara paling penting dalam penyediaan makanan walet ni ialah kita perlu menjaga kut nanti ada plak tetamu2 yg tak diundang (predators) datang mengganggu RBW kita.

Semoga maklumat yang saya berikan ini dapat menambahkan lagi ilmu kita dan meningkatkan lagi hasil anda......selamat mencuba dan jangan lupa bayar zakat nanti bila dah dapat hasil tu......ma'assalamah.






Saturday, March 5, 2011

Ku Korbankan Banglo ku demi mu walet.......



Lokasi banglo ni on the way Gambang-Kuantan, sebelum rumah sembelih Veterinar. Masa singgah takde orang, jadi tiada maklumat diperolehi. Telah diconvert sepenuhnya kepada BH. Adakah anda sanggup menukar banglo anda kepada BH?.

Friday, March 4, 2011

RBW Tokey Sawmill......




Balik dari Kuantan tadi sempat singgah 3 RBW/RBL. Salah satunya yg di atas ni terletak di Lepar........kepunyaan tokey sawmill berbangsa Cina Mr Wong. Sayangnya dia takde masa singgah tadi, tapi dapat info dari pekerjanya. Baru beroperasi sekitar 3 bulan. Keseluruhan dinding luar diperbuat daripada papan....tokey sawmill lah katakan. Tapi bahagian dinding dalam dilapis dengan asbestos (siling), mungkin bagi menghalang kulat membiak pada papan. Keluasan +- 20x50 & LMB style "open roof top". Masa penulis berada di situ ada juga burung yang keluar masuk BH ni. Tapi kata pekerjanya, takdelah banyak sangat burung sebab terlalu banyak sangat BH di sekitar situ. Apa pun.....satu usaha yang baik dan akan cuba juga jumpa Mr Wong ni satu hari nanti sebab mengikut pekerjanya dia ni seorang yang sangat baik dan suka sangat bercerita tentang walet. Teruja nak tahu hasil BH papan ni........

Wednesday, March 2, 2011

Lagi RBW/RBL Bumi's.......




Macam cendawan tumbuh lepas hujan........itulah pepatah paling tepat utk menyatakan perkembangan pesat industri walet sekarang. RBW/RBL tumbuh di merata tempat sekarang ni.....dari yang sekecil2 sehinggalah yang sebesar2nya. Di Muadzam pun fenomena yg sama juga berlaku. Kaum bumi's semakin berani menceburkan diri dalam industri ini tak mahu ketinggalan dgn kaum lain.....syabas. Belakang2 & tepi rumah kediaman tidak lagi ditinggalkan kosong begitu saja, malah dimanfaatkan setiap inci tanah yang ada dgn membina RBW/RBL. Ayuhlah kita menyahut cabaran Kementerian Industri Asas Tani, kata menterinya “Tahun 2011, kita sasarkan mendapat pendapatan RM1 bilion. Kita yakin potensi industri burung walet dapat menyumbang sebanyak RM5 bilion kepada pendapatan negara menjelang 2015,” . Jadi.....jangan tunggu2 lagi wahai kaum bangsaku.......bangun!.....bangkit!.......mulakan!.