Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Sunday, January 29, 2012

Perkembangan terkini RBW waletbertam.....

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Ta'ala di atas segala ni'matNya. Lamanya WB tak menulis di  sini bukan ape asyik melayan forum member di PWM (Pengusaha Walet Malaysia).

Anyway, hampir 2 bulan tak jenguk RBW ni & last masuk RBW saya ni pada 7/12/11. Jadi, lebih kurang 45 hari saya tinggalkan walet bersendirian bersama koloninya tanpa diganggu oleh saya. So progressnya masih positif dengan pertambahan dari semua aspek iaitu bilangan tompokan guano baru, bilangan walet, bilangan sarang, bilangan telur, bilangan piyik dan piyik matang semuanya bertambah....alhamdulillah.

Video terbaru RBW saya ada kat ruang video di sebelah bleh tengok bagaimana walet terjah LMB di RBW saya. Jom layan gambar terbaru dlm RBW waletbertam.






sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com

Wednesday, January 4, 2012

Harga Sarang Walit Terkini.....


Kali ini jom kita bincangkan skit tentang harga terkini sarang walit di pasaran semasa. Dulu sebelum berlakunya krisis sarang walit bernitrat antara Malaysia dan China harga raw nest sekitar RM3000-RM3500. Namun setelah berlakunya krisis ini harga sarang walit menjunam turun. Walaupun kerajaan Malaysia sudah mengambil langkah berbincang dengan negara China, namun sehingga ke hari ini harganya masih lagi berada di paras yang agak rendah.

Menurut sumber dari kawan-kawan.....di Kelantan harganya sekitar RM1900 ke RM 2000++/kg aje. Sementara di Rompin, Pahang ada yang membelinya dengan harga RM2500/kg. Jadi, apa sebenarnya yang berlaku dengan harga pasaran raw nest ini di Malaysia????.

Baru-baru ini saya sempat menalipon Dr Aini pakar burung walit dari Jabatan Veterinar Selangor semasa program di TV Al-Hijrah  dan bertanya tentang isu harga.....katanya harga sarang burung di luar Malaysia takde masalah sama seperti dulu. Beliau pun tidak faham kenapa harganya di dalam pasaran negara rendah sedangkan di luar Malaysia dijual dengan harga yang tinggi. Di mana silapnya sebenarnya????........perlu ke dilantik satu badan atau Jabatan veterinar sendiri atau FAMA memainkan peranan dalam menangani isu harga ini?.

Jadi.....buat sementara waktu ini, saya cadangkan sesiapa yang ada maklumat tentang harga terkini sarang walit ni sila tinggalkan dalam ruang komen posting ini. Nyatakan tempat, berapa harga sekilo dan kalau boleh grednya sekali sebagai panduan kepada pengusaha walit se Malaysia.

sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com

Tuesday, January 3, 2012

Walit Calculator by waletbertam

Ni hanya sekadar pilot test bagi kalkulator walit. Saya buat ni bagi memudahkan pengusaha  membuat kiraan kadar populasi walit di RBW mereka. Kalkulator ini juga boleh mengira terus anggaran jumlah sarang dan terus di convert dalam kg. Pengguna hanya perlu memasukkan jumlah sarang yang ada di RBW mereka pada kolum "nest" dan kolum lain akan berubah secara auto. Bagi kalkulator ini saya dah setkan 130 sarang bagi sekilogram. Manakala jumlah pendapatan juga boleh dibuat anggaran terus dan harga yang saya setkan iaitu RM3200 sekilogram. Jumlah sarang dan harga ini boleh diubah mengikut kesesuaian pengusaha (siapa yang pandai excel lah!). Ini hanyalah anggaran dan mengambil kira semua walit menginap di rumah induknya semula. Sila download pada link di bawah:


sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com