Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Monday, December 12, 2011

Generasi per 1 RBW ku....jom main kira2!

Inilah generasi per 1 yang lahir di RBW ku dari pasangan ke 2. Anak dari pasangan per 1 dah pun terbang sebelum aku pulang dari Tanah Suci. Yang ni pun dan lainnya tak lama lagi akan terbang jua mencari pasangannya. Semoga semuanya tetap bersama keluarga masing2 di RBW ku dan membina keluarganya sendiri di sini bagi meningkatkan lagi populasi waletku.


Alangkah bertuahnya kalau semua petak nesting cam ni ye!.....

Cuba kita buat pengiraan populasi walet di RBW ku.....ni contoh je! katakan sekarang ni ada 300 ekor walet atau 150 pasang.
150 pasang x 3 kali biak setahun x 2 biji telur = 900 ekor + 300 ekor = 1200 ekor setahun.
1200 ekor = 600 pasang = 600 sarang
600 sarang/ 120 biji  = 5kg.
Akhir tahun depan @ awal tahun 2013 kalau di izin Allah RBW ku bakal mengeluar hasil 5 kg/sebulan....betul ke cara aku congak ni!.
Semoga Allah swt memberkati segala usaha2ku dan sahabat2 walet muslim semuanya....Amin.

sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com

Monday, November 21, 2011

Hari-hari terakhir di kota Makkah Al-Mukarramah....

Beberapa hari lagi aku akan meninggalkan kota Makkah dan akan ke Madinah pula bagi menziarahi pusara Rasulullah saw dan beribadat di Masjid Nabawi. Buat masa ni hanya tinggal 3 KT saja lagi yang ada di hotel tempat aku bertugas. Keadaan di hotel dah tak sesibuk dahulu yang dipenuhi 2570 orang jemaah haji. Pagi ni aku duduk di tangga hotel melihat jemaah yang keluar masuk menunggu hari berangkat. Tiba-tiba terlihat kawasan atas bukit depan hotel......bentuknya macam RBW/RBL di tempat ku. Ya benar.... kalau di negara ku rumah sebegini dibagi tinggal kepada sang walet aje. Malah kekadang tu lebih hebat daripada ni pun ada. Tapi di sini ianya menjadi tempat berteduh dan berlindung penduduk-penduduk Makkah. Bersyukurlah kita dengan segala rezeki dan nikmat yang Allah Ta'ala anugerahkan kepada kita.


Cuba tengok rumah dia orang sebijik macam RBW......siap ada monkey house ngan LMB lagi tu. Kalau kat Malaysia memang orang akan kata ini rumah walet. Saya tertarik dengan aircond yang dipasang......oleh kerana suhu di Makkah ini panas, boleh dikatakan semua rumah wajib ada aircond. Apa kata kalau RBW kita di Malaysia juga kita pasang aircond. Pasang timer untuk mengaktifkannya samada mengikut kadar suhu yang telah disetkan atau mengikut waktu yang diingini. Ada orang kata pasang aircond ni bil elektrik tinggi?.....bagi saya apalah sangat bil elektrik 2-3 ratus sebulan kalau hasilnya dan 5-6 ribu sebulan. Fikir-fikirkan......ni hanya pendapat individu.

sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com

Sunday, October 16, 2011

Waletbertam bersiaran dari Makkah al-Mukarramah

Selepas subuh 13/10/2011

Alhamdulillah selamat sampai ke Tanah Suci pada 12/10/11 jam 6.30 mlm (waktu saudi). Stranded di airport Jeddah lagi 6 jam utk urusan imigresen dan bas ke Mekah. Jam 2 pagi baru boleh bertolak ke Mekah dan sampai jam 4.30 pg sebelum subuh. Selepas subuh selesaikan ibadat umrah dan alhamdulillah semuanya selesai jam 10 pg.

Berada di Mekah tiada lagi RBW kelihatan seperti di tanah airku. Tiada lagi lagu walet kedengaran, malah walau seekor walet pun tidak ku temui. Namun, subhanallah semasa tawaf sungguh banyak makhluk Allah yg seakan walet turut tawaf bersamaku. Ingatkan di Mekah juga ada walet tapi rupanya seriti yg hampir sama macam walet cuma bunyinya saja yg berbeza. Ribuan manusia bertawaf di ka'bah dan mereka juga bertawaf di bahagian atas ka'bah.....Maha Suci Allah!.


sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com

Sunday, October 2, 2011

Rompin Walet Eco-Park

Dalam perjalanan pulang dari Family Day di Chedok Resort Rompin tadi sempat singgah jap tinjau-tinjau walet eco-park di Rompin ni. Sepanjang perjalanan di Rompin ni memang banyak RBWstand alone atau shoplot . Bleh dikatakan setiap 100 meter ada je RBW. Tapi saya tertarik untuk singgah dan melihat yg ini.....iaitu Rompin Walet Eco-Park. Jom layan....



Tengok dari depan memang tak sangka ini RBW kan.....tapi bila....


Tapi bila tengok pintu je...... tahu dah!


bila masuk je belakang......konpem!. Ni baru eco-park.
Rasanya walet eco-park ni baru beroperasi tahun ni 2011. Semua lot 3 tingkat, LMB asalnya side @ window entry tapi telah diubah kpd monkey house. Nak kurangkan cahaya masuk kut. Tapi masih ada lot yg masih guna window style.


.......bersambung nanti ye!.....

 
sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com

Friday, September 23, 2011

Walet & Ilmu Fizik......


Tersenyum sendiri kadang2 tu bila tengok gaya berjalan swiftlet player ni (termasuk akulah tu). Manakan tidak.....kalau berjalan je kepala tu mesti dongak ke langit. Naik sakit tengkuk dibuatnya.....tapi itulah hakikatnya. Terasa seronok bila dapat melihat walet2 bermain di langit especially bila senja berlabuh dan walet mula masuk RBW.....betapa agung dan hebatnya ciptaan Allah (jgn tengok saje rugi).


Kalau kita perhati dan teliti cara dan corak walet terbang ianya menepati semua ilmu & hukum fizik. Berdasarkan pemerhatian saya walet ni memiliki 4 cara asas terbangnya iaitu:

1-  "flapping" (mengepak),
Kepakan sayap digunakan untuk menghasilkan gaya dorong ke depan (thrust) dan gaya angkat (lift). Ketika walet mengepakkan sayap ke bawah, ia menekan udara ke bawah, akibatnya udara akan menekan balik dan mendorongnya ke atas (hukum aksi-reaksi). Semakin cepat kepakan sayap, semakin besar gaya keatasnya. Gaya dorong dan gaya angkat ini dapat diatur oleh walet untuk mengendalikan arah, kecepatan, dan ketinggiannya.

2- "gliding" (meluncur)
Fokus utama dalam gliding adalah meluncur semendatar mungkin. Ini dilakukan dengan memperkecil gaya rintangan udara "drag force". Boleh dikatakan 60% penerbangan walet menggunakan teknik gliding
berbanding hanya 40% shj flapping. Faktor tubung walet yg ringan juga memudahkannya untuk "glide".


3- "soaring" (melonjak)
Gerak melonjak merupakan gerak naik tanpa mengepakkan sayap. Gerakan ini dapat dilakukan dengan memanfaatkan arus udara. Akibat pemanasan matahari suhu udara yang dekat permukaan bumi menjadi lebih panas, udara panas ini akan naik ke atas dan menimbulkan arus udara ke atas. Arus udara inilah yang dimanfaatkan oleh walet untuk melonjak tinggi tanpa perlu mengepakan sayapnya (jimat tenaga skit...).


4- "parachuting" (gerak payung terjun)
Merupakan gerak jatuh di udara secara horizontal @ vertikal. Walet biasanya akan melebarkan sayapnya bagi melakuklan aksi ini dengan memiring-miringkan sayapnya. Biasanya aksi ini kita dapat lihat ketika walet masuk melalui LMB samada secara open roof entry @ window entry (part paling best ni...).

So....cuba-cubalah perhati dan belajar tabiat walet ni, agar kita memahami sifatnyadan menghargai makhluk ciptaan Allah ini.

sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com



Perlukah Ujian Lokasi ?????

(gambar ihsan burungwaletonline)

Dalam industri walit ini kita sering dengar tentang terma "ujian lokasi". Iaitu ujian panggil walit bagi menentukan adakah sesuatu kawasan itu sesuai atau tidak dibangunkan RBW. Perlu ke benda ni?.....kalau tak buat tak boleh ke? kita bina je terus RBW abih cerita.

Ujian lokasi ni bukannya kemestian. Kalau anda nak bina RBW dalam kawasan sentral walit atau terdapat RBW-RBW dalam radius yang agak berdekatan 1 @ 2 km, maka tak perlulah buat sebab memang walit dah ada. Tapi jika anda bercadang nak bina "stand alone" RBW yang agak jauh dari RBW lain mungkin ianya perlu untuk melihat berapa banyak sebenarnya walit yang ada di lokasi anda dan perkara lain.

Ini penting bagi mengurangkan risiko pelaburan anda. Cuba bayangkan......puluhan mungkin ratusan ribu yang anda laburkan tetapi walit tak masuk....kalau masuk pun tak tidur pulak. Kepala dah naik pening......tidur pun dah tak lena......makan pun dah tak lalu......dan macam2 rasa lagi.

Namun ada jugak yang berkata......"time buat ujian lokasi dulu banyak walit datang, tapi sekarang dah tak ada pulak kalau ada pun tak nak masuk!". Pemain-pemain baru industri ini kena ingat.......suara ujian lokasi mampu menarik burung walit turun sahaja tapi tidak mampu untuk menarik walit masuk RBW dan tidur. Pasang je suara "Duress" tu mesti walit datang. Malah kebanyakkan walit yang turun ke sumber suara juga mungkin walit2 yang dah ada rumah semuanya.

Apa yang saya lihat sekarang ini, begitu banyak RBW baru yang tumbuh mungkin setiap hari kut. Tapi agak menyedihkan bila tiada walit yang bernyanyi-nyanyi sambil menari di RBW-RBW ini. Malah ada RBW yang saya perhati langsung tiada pengunjung walaupun senja dah semakin melabuhkan sayapnya.....tentu sedih tuan RBW tu!.

Sebenarnya, sebelum nak bina RBW tu banyak benda lain nak kena tengok dan perhati bukan buat ujian lokasi aje terus jadi. So.....tanyalah kepada yang pakar yg berpengalaman dalam bidang ini agar anda tidak menyesal.

Jadi, kesimpulan teori yang boleh saya buat ialah "jangan anda terlalu percaya dengan ujian lokasi bahawa anda akan berjaya dalam industri ini" atau "ujian lokasi bukan penentu kejayaan anda". Jadi....fikir-fikirkanlah!.

Berusaha, berdoa dan bertawakkallah.
sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com

Tuesday, September 20, 2011

Luaskan rezeki mu dengan Solat Dhuha....


Rasulullah bersabda di dalam Hadists Qudsi,“Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat solat dhuha, karena dengan solat tersebut, Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (HR Hakim dan Thabrani)
 
Sementara di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu 'alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Namun apa yang paling penting adalah KEIKHLASAN dalam melaksanakan solat ini bukannya semata-mata kerana inginkan itu atau inginkan ini. Serah sahaja balasanya nanti ke hadrat Allah SWT.
 Manakala doa yang dibaca pula seperti berikut:


Berusaha , Berdoa & Bertawakkallah.

sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com

Thursday, September 15, 2011

Panggilan Haji 1432H


Apabila masuknya Syawal, maka terasa semakin hampirnya "Panggilan Haji". Ya....tuan-tuan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan bermula pada 29/9/2011. Mungkin anda terasa pelik kenape tiba2 waletbertam ni cerita bab haji pulak ni?.

Apa yg ingin saya highlightkan di sini ialah semua jemaah haji yang ke Mekah itu adalah tetamu Allah. Pergi ke bumi yang penuh dengan keberkatan dan rahmat, dilingkungi pelbagai tempat yang sangat mustajab doa terutama di sisi Ka'abah (multazam). Justeru, sayugialah (ayat kitab tua) kepada pengusaha RBW terutama yang agak slow perkembangannya mohon agar sedara-sedara @ kawan-kawan yg berkunjung ke Tanah Suci agar mendoakan kejayaan RBW anda & dibuka seluasnya pintu rezeki oleh Allah Yang Maha Kuasa.

Ingatlah, kita hanya mampu berusaha tetapi Allah jua yang menentukannya.


Berusaha, berdoa & bertawakallah.

sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com

Friday, September 9, 2011

RBW ku selepas 3 bulan beroperasi....

Alhamduluillah........syukur kehadrat ilahi di atas segala ni'mat2 yang dikurniakanNya. Cuti raya baru ni dapatlah waletbertam menjenguk RBW buat kali ke dua selepas beroperasi masa cuti penggal persekolahan yang lepas (27/5/2011).

Terasa bimbang jugak.......camna lah progress RBW aku ni selepas 3 bulan?. Maklumlah buat RBW pun bajet ciput je!......jadi RBW pun kecik je lah dapat. Walaupun beroperasi dgn segala kekurangan tapi aku yakin akan rezeki Allah Ta'ala......aku yakin bahawa Allah lah yang mentadbir seluruh makhluk termasuk sang walet. Bila Allah perintah "masuklah kamu wahai sang walet, maka masuklah ia" walaupun RBW mu kecil dan serba kekurangan.

Lastly, bila tengok burung yg ada kat RBW dan bila cek birdshit spot yang ada....Alhamdulillah.....rasa macam nak sujud syukur je kat dalam RBW tu. Cuma sekarang menunggu masa penghuni RBW ku membina sarang pula.....sahabat2 walet tolong sama2 doakan ye!. Jom layan RBW ku yg tak seberapa ni di ruangan video sebelah....yang penting.....pemilik RBW kecil macam saya jgn putus asa.

 
"Berusahalah, berdoalah & bertawakkallah"

sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com

Tuesday, September 6, 2011

Lightning/ Kilat @ Petir VS RBW

Kilat atau petir yang terjadi sering menimbulkan masalah kepada pemilik RBW.

Antara kesan berlakunya kilat adalah kerosakan yang berlaku kepada peralatan elektrik di RBW seperti power amp, tweeter, humidifier dan lain2 terbakar.

Jadi.....apakah tindakan kita (solution) ?

Antara yang sempat saya explore (rasanya yg terbaik kut) ialah produk "lightning isolator" oleh syarikat Cal Lab Malaysia. Jom.....layan!


Macam mana semua produk2 ni berfungsi sila layari laman web syarikat:

Selamat mencuba.....
sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com

Thursday, May 19, 2011

Sambungan......Teknik pengutipan sarang walit.





Kaedah Pungutan Sarang Walit:


1) Pungutan Rampasan “Force Harvest”
Pungutan dilakukan  setelah sarang siap dibina, tetapi pasangan walet itu belum sempat bertelur. Kebaikkan teknik ini ialah hasil sarang cepat, kualiti tinggi (clear white) dan jumlah hasil setahun juga banyak. Manakala keburukan teknik ini pula akan melambatkan populasi walit di RBW kita kerana tiada anak baru.  Keadaan walit juga akan lemah kerana terpaksa bertungkus lumus membina sarang baru tanpa rehat. Jika ini berterusan lama kelamaan sarangnya pun merosot menjadi kecil dan nipis  kerana pengeluaran  air salivanya  tidak mampu mengimbangi tempoh  waktu untuk membuat sarang dan bertelur.

2) Pungutan Buang Telur
Teknik ini dilakukan  setelah burung membuat sarang dan bertelur 2/3 biji. Telur diambil dan dibuang kemudian sarangnya diambil (zalim....zalim). Teknik  ini mempunyai keuntungan iaitu dalam setahun dapat dilakukan pungutan hingga 4 kali dan kualiti sarang yang dihasilkan tinggi  kerana sempurna dan tebal. Keburukannya, walit tak dapat membiak.

3) Pungutan Penetasan
Teknik pungutan ini dilakukan apabila anak-anak sudah boleh terbang.....biasanya 45 hari selepas menetas. Kelemahan cara ini, mutu sarang rendah karena sudah mulai rosak dan dicemari oleh kotoran seperti bulu. Tetapi untung dari aspek burung walit dapat berkembang biak dengan tenang dan aman sehingga populasi burung dapat meningkat dengan baik.


Apapun teknik yang akan digunakan.......yang penting jangan kita menzalimi kehidupan makhluk Allah ini agar kesinambungan kehidupan walit ini tidak terganggu oleh tangan-tangan manusia yang rakus untuk mencari keuntungan dunia semata-mata. Ingat.....Allah tidak redha akan mereka yang berbuat zalim dan pintu rezekinya juga akan ditutup oleh Allah nanti......wallahua'lam.

Bila sarang patut dipungut......kisah benar!

Beberapa hari lepas bersembang dengan sahabat walet di Muadzam. Saja bertanya tentang perkembangan RBWnya yang mula beroperasi ogos 2010....dah hampir 7 bulan beroperasi. Jawabnya: dah ada 200+++ sarang tapi tak pernah ambik. Saya tanya ada anak ke?  Dia jawab: ada yang ada..... ada juga yang buat sarang kali kedua ditempat yang sama. Kata saya: Kenapa tak kutip sarang bila anak dah terbang? Katanya: ada kawan ajar jangan kutip sarang kecuali selepas setahun beroperasi.......tu yang asyik telan air liur je bila tengok sarang dalam RBW. Kesian kawan saya ni......sepatutnya dah dapat hasil dalam RM7000 untuk 2 kilo rawnest. Lalu saya ajar dia bila sepatutnya emas putih ni patut dikutip......but moral of the story is......ilmu adalah segalanya. So, kali ini mari kita lihat kitaran hidup Sang Walit dan bila sepatutnya kita pungut sarang......


Jadi, kalau nampak dah ada tanda liur-liur walet pada nesting plank tu.....tunggulah +-4 bulan sehingga anak dah terbang baru kita mula pungut sarang.

.......bersambung selepas ini...........

Thursday, May 12, 2011

How to reduce heat in your RBW/BH ?........Part 3

3. Bina penghalang pada dinding yang terdedah kepada sinaran matahari.

(A) Jaring Orkid




Dinding yang terlalu terdedah kepada sinaran matahari akan menyerap haba masuk ke dalam RBW. Untuk mengatasi masalah ini ada yang menggunakan jaring peneduh orkid (jimat kos).


(B) Kayu atau Zinklum

RBW ni saya jumpa sebelum Lepar on the way ke Kuantan. Pemiliknya membina lapisan kayu pada dinding luar tingkat atas bagi menghalang sinaran direct ke dinding.


 
(C) CELLULOSE INSULATION




Bahan ini dijumpai pada tahun 1950an dan diperbuat daripada "plant fiber". Keupayaannya mampu manahan haba dan fungsi bunyi akustik. Di Malaysia syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini TCL Malaysia.


(D) PENEBAT "ROCKWOOL"





Dijumpai pada tahun 1840an. Diperbuat daripada "mineral wool". Fungsinya sama dgn cellulose. Biasanya kat RBW bahan ini diletakkan dalam siling atau direct atas atap atau bumbung RBW atau kat dinding yang menghadapi masalah kepanasan.




Penggunaannya di sebuah RBW. Katanya mampu menurunkan suhu antara 2-5 degrees celcius. Kenal pasti dulu kawasan yang panas dan apply kat situ saja....jangan semua sebab benda ni mahal. Dengar cerita harganya RM40 segulung yang berukuran  2.5 meters X 0.575 meters X 50 mm (8.2 feet X 1.9 feet X 2 inches

---selamat mencuba---
.............to be continue.........


How to reduce heat in your RBW/BH ?........Part 2

2. Water inside & outside RBW

Bermacam cara digunakan untuk meletakkan air dalam RBW ni ada yang pakai basin, buat kolam, pakai kolam mandi anak dan basahkan lantai pakai auto water timer. Kalau rasa ada lagi............lu pikirlah sendiri. Cuma kena pastikan jangan sampai nyamuk membiak, walaupun orang kata dalam RBW nyamuk tak sempat hidup sebab dimakan walit. Tapi mungkin betul dakwaan ini sebab sepanjang saya masuk mana-mana RBW ni tak de pulak nyamuk. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga letaklah ubat (abate) mintak kat hospital percuma je. Cuma jangan mintak kat bhg farmasi......tak pasal-pasal kena halau nanti. Mintak kat bahagian kawalan penyakit. Atau pasang water pump akuarium bagi air tu berpusing dan letak ikan sekali 3 4 ekor.
Kalau kat bahagian luar pula biasanya orang buat kolam ni kat atas RBW tapi risikonya nanti akan leaking dan air masuk ke dalam RBW. Jom tengok gambar......











waterpond outside on the rooftop


 
........to be continue......

How to reduce heat in your RBW/BH ?........Part 1

1. Humidifier

Penggunaan mesin kabus seolah-olah satu kemestian pada setiap RBW bagi membantu mengawal suhu dan kelembapan. Terdapat 2 jenis mesin kabus ini iaitu jenis standard dan jenis ultrasonic. Apa bezanya......beza dari segi harga ......yang ultrasonic lebih mahal. Beza dari aspek kualiti kabus.......ultrasonic menghasilkan kabus yang lebih halus. Dari aspek bunyi.......ultrasonic lebih senyap. Cuma kelemahan ultrasonic ni dia punya life span tak panjang.....kalau yang standard tu tahan sikit.


Beberapa jenis ultrasonic humidifier



biasanya satu mesin kabus ultrasonic ni boleh cover seluruh RBW guna teknik piping yang betul


Yang ni pulak jenis standard je paling banyak pakai kat RBW.....belah kiri bising sikit bunyinya dan kanan soundless



...........to be continue.........