Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Thursday, May 12, 2011

Kenapa Panas Sangat Sekarang?

Sejak akhir-akhir ni terasa panas semacam aje......kalau dulu pagi-pagi buta ni punyalah sejuk tapi sekarang tengah solat subuh tu boleh berpeluh punya. Budak-budak kat rumah pun makin kuat minum air batu sekarang ni. Tidur malam pun dah tak berbaju, kipas no 5 tu. Kita pun dah tak tahan, macam manalah ngan sang walit ye!.

Menurut sumber bernama........

KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini. "Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya.

Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998. "(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lu
buk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C)," katanya.

Saw berkata, keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak, seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu. Beliau menasihatkan orang ramai mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya. Sementara itu, di beberapa kedai elektrik sekitar bandar raya Kuala Lumpur, jualan pendingin hawa meningkat. Penolong Pengurus Courts Mammoth Cawangan Cheras, Abdul Rahim Mohammad, berkata dua tiga hari kebelakangan ini, banyak pelanggan yang membeli pendingin hawa. "Saya tidak dapat memberikan jumlahnya tetapi memang kami ada dapat banyak tempahan daripada pelanggan," katanya.

Syarikat Sen Heng Cawangan Kepong juga mencatat peningkatan penjualan produk itu dalam tempoh seminggu lalu. "Satu minggu saya rasa purata dalam 12 unit. Semalam sahaja empat hingga lima unit dijual. Sebelum ini tidak seperti sekarang, saya rasa ini adalah disebabkan faktor cuaca sekarang," kata jurujual, Mohd Hairani Abdul Wahab. -BERNAMA

Wednesday, May 11, 2011

Adakah betul teknik penggunaan 2 LMB?

(gambar hiasan: adakah pemilik RBW ni menghadapi masalah dibawah?)



lubang masuk burung walet yang salah

Penggunaan Lubang masuk burung lebih dari satu seperti ini sering dilakukan oleh pengusaha RBW dengan alasan yang bermacam- macam seperti menghadap ke arah burung walet mencari makan, ada yang menghadap ke sungai dsbg.

Akibat yang ditimbulkan penggunaan dua lubang ini adalah burung akan masuk dari sisi yang satu dan keluar dari sisi yang lain. Burung hanya akan bermain di rooving room anda tanpa berniat masuk ke lantai bersarang (nesting room).

Maka banyak permasalahan mengapa rumah walet di rooving roomnya banyak kotoran walet sedangkan sarang waletnya sedikit.


lubang masuk burung walet yang benar

Penggunaan dua atau lebih lubang masuk boleh dilakukan dengan cara di satu arah saja. Maka burung tidak akan hanya keluar masuk rumah walet kemudian keluar.

Sebaiknya untuk peningkatan populasi burung walet dan sarang walet gunakan cara pengaturan lubang masuk satu arah saja dan dianjurkan penggunaan lubang sebaiknya satu karena mengurangi kecurigaan burung walet untuk masuk dan juga lebih aman.

Hal ini sudah dialami oleh banyak orang. Setelah perubahan lubang masuk populasi burung walet mengalami peningkatan dan kotoran walet mulai berkurang di rooving room.

Artikel ini disedut dari http://www.waletgroup.com/.

Ulasan waletbertam:

Bagi saya benda ni subjektif dan tiada bukti emperikal yang kedudukan LMB camtu gagal. Sebab ada saja RBW yang LMBnya macam tu yang berjaya. Kalau di Indonesia RBW yang bersaiz besar punya LMB lebih dari satu dan ada juga dari arah yang exactly berbeza-beza kerana memberi ruang yang lebih untuk walit keluar masuk disebabkan populasi walitnya tinggi. Kebanyakkan LMB di Indonesia dibuat kecil sahaja bagi menghalang pencuri masuk melalui LMB. Justeru, untuk memudahkan walit masuk melalui LMB yang bersaiz kecil perlu dibuat banyak LMB (betul kut teori saya ni) dai pelbagai arah.

RBW with variety material...........RBW dengan pelbagai bahan binaan.

Macam-macam bahan binaan telah digunakan bagi membina RBW sekarang ini. Semua ini bergantung kepada poket kita tebal ke nipis. Kalau mampu buatlah dengan material yang terbaik, jika tidak binalah mengikut kemampuan kita.

Apa pun bahan yang kita pakai bukan kita yang menentukan tetapi sang walit yang akan buat keputusan. Jom kita tengok beberapa buah RBW dengan bahan binaan yang berbeza-beza.

1. Batu Bata
 Penggunaan bata merah : sejuk dalaman, baunya disukai walet, kos sederhana dan agak selamat kerana kuat.
Penggunaan light weight brick : kosnya agak tinggi RM6-7 sebiji, pembinaan cepat, sejuk dalaman tetapi security lemah.

Penggunaan bata press: kos murah, ambil masa untuk hilang bau simen, agak kuat.

Penggunaan simen sahaja: tiada bata digunakan, simen diikat dengan BRC dan dilapik polistrin di dalam bagi tujuan menyejukkan. Tahap keselamatan agak membimbangkan.


2. Zinklum



Penggunaan zinklum: kosnya lebih murah daripada bata, mempunyai bahan penebat di sebelah dalam, lebih ringan dan sesuai di tempat yang struktur tanahnya lemah. Dah banyak RBW zinklum yang berjaya.

3. Kayu @ Papan


RBW ni terletak di Miri......kata tuannya dah keluar hasil hampir 2 kg sebulan.....boleh berjaya kan!



Di Indonesia banyak RBW yang dibina daripada kayu @ papan dan berjaya.

4. Simen Board

Buat masa ni saya takde sumber yang kukuh tentang kejayaan RBW simen board ni. Cuma ada orang kata kat Besut dah ada yang dapat hasil 1 kg sebulan.....wallahua'lam.


 5. Polyurethane





Tengok tu dah ada walit buat sarang & bertelur pun dalam RBW polyurethane ni.....ingat bukan kita yang tentukan tetapi walit yang pilih.

6. Plastik

Tengok......plastik pun dia orang pakai buat RBW. Yang ni di Indonesia......banyak sangat kut walit kat sana, bina dengan apa pun semua jadi. Boleh try cuba belakang rumah kat kampung......belanja ciput je ni!. Tahap keselamatan......sendiri mau ingat lah!.

7. Kontena



Bagi yang nak jimat kos juga.....boleh cuba pakai kontena, cuma kena pastikan suhu dan kelembapan ikut spec.


Rasanya setakat tu je dulu 7 jenis bahan yang telah diguna bagi membina RBW. Kalau ada new invention nanti kita update lagi. Moral of the story.........binalah dari apa pun RBW anda tapi yang menentukan kejayaan anda adalah Yang Maha Berkuasa melalui asbab makhluknya yang bernama WALIT.....fikir-fikirkan.

Wassalam.

Aroma Terbaik…….The Best Aroma!

Kali ni jom kita berkongsi tips tentang aroma terbaik bagi RBW kita. Tips ini boleh diaplikasikan kat RBW lama (yg belum ada burung la) dan RBW baru…..bagi saya ianya boleh dikatakan ditahap WAJIB (rasanyalah). Tips ni saya belajar kat otai-otai Swiftlet Farming dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam.
The best aroma in swiftlet farming is the “GUANO” atau birdshit atau najis walit. Kenapa ye….why…why….sebab ianya adalah swiftlet natural aroma dan sesuatu yang original memang tak bleh lawan punya. Paling berkesan pakai fresh punya najis walit yang basah-basah tu. Kalau takde yang kering pun boleh.  Mana nak dapat najis ni?......boleh beli dari RBW yang dah berjaya. Atau mintak je ihsan (free la tu) dari RBW member yang dah berjaya. Selain itu, penggunaan najis walit ini terbukti paling lama bertahan iaitu selama 6 bulan berbanding artificial aroma. Yang penting ianya paling murah dan kalau tak jadi pun tak lah ralat sangat rasanya……betul tak.

Secara ringkasnya ada 4 tempat  perlu kita aplikasikan aroma ni:
1.      Lantai:
Bagi lantai ni kita boleh letak najis walit 3 cara. Pertama, basahkan lantai dan taburkan  terus najis walit atau bancuh dulu najis walit dengan air kemudian baru apply kat lantai. Saya tak berapa prefer cara ni sebab nanti susah kita nak kenal pasti new birdshit spot. Cara kedua, sediakan bekas yang diisi dengan pasir, kemudian masukkan najis walit dan gaulkannya dengan pasir sambil disiram dengan air. Ketiga, letak je najis walit yang dalam guni cam tu je dalam RBW.
2.      Dinding:
Sediakan dulu air yang telah dibancuh dengan najis walit (ukuran agak-agak je jangan pekat sangat), kemudian biarkan selama seminggu. Lepas tu sapukan air bancuhan ini ke dinding (pakai roller cat) lebih kurang 50 cm dibawah papan nesting. Ada sesetengah pemilik tu menyapunya sehingga ke bahagian luar RBW mereka. Rasionalnya mungkin untuk memberi first impression smell sebelum walit menjenguk ke dalam RBW. Kekerapannya…….sapulah sekali sebulan cuma masa nak sapu ni off kan dulu semua suara biar walit keluar dulu (kalau adalah).

3.      Nesting Plank:
Bagi papan pembiakan ni kita tak boleh pakai najis walit. Kalau sesiapa letak najis walit kat nesting plank konpem takde walit masuk tidur. Dia pun buang najis atas lantai, ni kita nak letak najis tempat dia tidur pulak.
Jadi, bagi nesting plank ni kita cuba pakai telur itik dulu sebab kosnya murah je. Sebiji baru 70/80 sen saja, bukan apa kalau tak jadi taklah rugi sangat rasa. Caranya, dapat kan telur itik, paling baik yang kulitnya nak hijau-hijau skit (permulaan cuba 2/3 biji je dulu) pecahkan telur dan asingkan telur putih kedalam satu bekas (yang kuning makan je). Lepas tu, ambil berus (1.5 inci lebar) dan sapukan telur putih tadi ke papan sirip berdekatan dengan tweeter dan corners (+- 1.5x4 inci lebar). Kemudian letakkan kertas dibawah tempat yang telah disapu tadi agar mudah untuk dibuat inspection nanti dan ulang sehingga habis telur. Biarkan untuk beberapa hari kemudian baru cek, kalau ada tanda najis maknanya berkesanlah teknik ni. Kalau tak jadi…….fikirkan cara lain. Mungkin boleh try pakai sup sarang burung walit pulak ke!.



4.      LMB (optional):
Bagi lubang masuk ni optional je, tapi ada jugak yang buat. Caranya sapukan je bancuhan najis walit tadi kat ruang-ruang di LMB. Biasanya orang pakai yang ready made automation dispenser seperti H3N1 (Pak Hen punya).

Oklah tuan-tuan…….itu je yang dapat saya kongsi kali ini. Kita hanya berusaha……..tapi Yang Maha Kuasa yang menentukan…..wallhua’lam.

Tuesday, May 10, 2011

Antara 80% dan 20%......di manakah kita?

Ada yang mengatakan bahawa pemain dalam industry ini hanya 20% sahaja yang berjaya dan 80% lagi gagal. Sejauh mana kebenaran fakta ini tidak saya ketahui sebab tiada academic research dibuat tentang hal ini (bleh wat tajuk Phd ni). Tapi ianya mungkin benar jika ramai RBW owner yang terjun kebidang ini tanpa ilmu.
Tengok orang buat RBW, kita pun nak buat RBW tetapi ilmu tentang walit dan pengurusan RBW kosong. Tu yang sampai bertahun pun burung tak masuk-masuk…..nak tidur jauh sekali.
Ada sesetengah kontraktor tu tak pernah pun buat rumah burung tapi kerana musim sekarang ni nampak buat RBW ni boleh cari makan, ramai pulak yang mengaku jadi kontraktor RBW. Bila buat banyak benda yang tak kena pada RBW tu. Yang paling sakit kepala bila struktur RBW tak kena. LMB salah letak….. void pun salah letak……LAL rendah sangat…..nesting plank salah atur…..macam-macam lagi lah. Pastu suhu lebih 29 darjah celcius, RH ada kurang sangat dan ada plak lebih sangat. Pasal cahaya pulak ada yang terang sangat dan ada yang gelap sangat tu yang walit tak nak turun ke bawah tu. Kalau turun pun ada plak yang terkorban sebab tak jumpa laluan keluar.
Jadi, kepada yang ingin menceburi bidang walit ini carilah ilmu sebanyak-banyaknya agar kita tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang. Atau yang paling teruk lagi tertipu dengan kontraktor-kontraktor RBW yang berlagak sifu. So, cari kontraktor yang betul-betul tahu, ingat bukan sedikit wang yang kita laburkan. Paling tidak pun kalau tak puas hati, kita boleh revamp balik RBW kita dengan ilmu yang kita ada.
Tapi sebagai orang Islam kita kena ingat……..sehebat manapun usaha kita......hanya Allah S.W.T yang menentukan berjaya atau gagalnya kita. Jadi jangan lupa doa, tawakkal dan dekatkan diri kita denganNya……Insya’Allah dimurahkan rezeki.

Saturday, April 30, 2011

Trip to the swallow city...

Wow!.......this is the first word come out from my mouth. The BH here is very big and the owner called it "Yu Hee Swallow City". Of course it's belong to chinese man because from the building i saw maybe he have been invested lot of money here. Maybe million or more than that........who knows!. This walet city is located at Batang Berjuntai, Kuala Selangor in a 5 acres land surrounded by palm oil trees there. The workers here said this BH is the biggest one in Malaysia and one of the latest attractions of Selangor. We can enter the BH and see the real life of Walet here.......but sorry brader no camera inside please!. Before that you must pay for entrance fee RM 3.00 per head. Jom layan........






Sunday, April 17, 2011

Cuti menulis blog sehingga end of June.....

Waletbertam memohon maaf bagi pengunjung blog ini kerana sudah agak lama WB tak mengupdate posting. Adalah dimaklumkan bahawa WB akan bercuti lagi sehingga akhir Jun bagi menyiapkan penulisan tesis master tapi kalau ada masa terluang akan cuba tulis jugak. Doakan semoga saya dapat menyiapkan penulisan saya dan RBW kita semua berada dalam keadaan baik dan berjaya.....insya'Allah.....amin!.

Thursday, March 31, 2011

Bercuti dari dunia walet.....

Assalamualaikum semua sahabat walet.....Minggu ini saya tak dapat nak update blog kerana sibuk dengan kursus di Kelana Jaya dari 27 Mac - 1 April. Sunyi sekejap dari dunia perwaletan kerana di tempat saya tinggal ini iaitu di Kompleks Haji Kelana Jaya ini nampaknya tiada BH di sekitarnya. Malah nak jumpa burung walet seekor pun payah kat sini. Ape pun rezeki masing-masing.......mungkin orang kat bandar ni Allah dah anugerahkan mereka rezeki melalui sumber2 yang lain. Jadi, sentiasalah kita ni menjadi hambanya yang bersyukur. Besok last day kursus......next week ingat nak balik jenguk BH kejap kat kampung tu......ma'assalamah.

Saturday, March 26, 2011

Pulling swiftlet by using handphone / Menarik walet menggunakan handphone


Percaya atau tidak? Adakah anda pernah cuba untuk menarik walet menggunakan handphone anda?. Bunyi macam gila tapi itulah hakikatnya hai sahabat walet. Itulah yang saya lakukan ketika saya cuba untuk menguji keberkesanan suara baru. Setelah selesai kerja saya mengedit suara baru menggunakan perisian wave pad dan saya salinkannya ke handphone saya. Kemudian saya menuju ke tempat strategik dan mula memainkannya melalui handphone saya. Setelah beberapa minit .... rasanya tidak lebih dari 5 minit banyak burung mulai berputar dan mengelilingi suara yang keluar dari hp . Ya, itu petanda baik untuk suara baru saya ..... yang telah saya namakannya selepas itu sebagai "Powerbooster". Bagi mereka yang berminat dan ingin mencubanya jangan ragu untuk e-mel saya di badrulpms@yahoo.com untuk harga yang terbaik.


Jadi, inilah cara mudah bagaimana anda boleh cuba untuk mengenalpasti apakah suara baru anda benar-benar baik atau tidak. Kita juga boleh menggunakan cara ini untuk melakukan pemeriksaan lokasi jika kita tidak punya alat untuk melakukannya kerana saya rasa semua orang mempunyai handphone. Jadi, cubalah untuk memaksimumkan penggunaan handphone kita dalam bidang perwaletan ini.......selamat mencuba & ma'assalamah.

Believe it or not? Have you ever try to pull swiftlet using your handphone?. Sounds crazy but it's true my friend. That's what i did when i try to check for the effectiveness of new sound. After finish my job make an editing for a new sound using a wave pad software and then copy it to my handphone. Then I go to the strategic place and play it through my handphone. After a few minutes....i think not more than 5 minutes so many birds starts circling and roving around the sound. Yes, that's a good sign to my new sound.....after that I named it "Powerbooster". For those who are interested and intend to try it don't hesitate to email me at badrulpms@yahoo.com for the best price.

So, this is a simple way that how you can try to see whether your new sound is really good or not. We also can use this way to make a location check if we dont have any gadget to use it because i think everybody must have a handphone. So, try to maximize the usage of our handphone in swiftlet farming.

Tuesday, March 22, 2011

Echolocation – The Compass of Swiftlets



Echolocation, also called biosonar, is the biological sonar used by several animals, most notably microchiropteran bats and odontocetes (toothed whales and dolphins), but has also been demonstrated in simpler form in other groups such as shrews, one genus of megachiropteran bats (Rousettus) and two cave dwelling bird groups, the so called cave swiftlets in the genus Aerodramus (formerly Collocalia) and the unrelated Oilbird Steatornis caripensis. The term echolocation was coined by Donald Griffin, whose work with Robert Galambos was the first to conclusively demonstrate its existence in bats in 1938. However, long before that, the Italian 18th century scientist Lazzaro Spallanzani had, by means of a series of elaborate experiments concluded that bats navigated by hearing and not vision. Echolocation in odontocetes was not properly described before two decades later, by Schevill and McBride. Echolocating animals emit calls out to the environment and listen to the echoes of those calls that return from various objects in the environment. They use these echoes to locate, range, and identify the objects. Echolocation is used for navigation and for foraging (or hunting) in various environments.

The genus, Aerodramus was thought to be the only echolocating swiftlets. These birds use echolocation to locate their roost in dark caves. Unlike a bat’s echolocation, Aerodramus swiftlets make clicking noises that are well within the human range of hearing. The clicks consist of two broad band pulses (3-10 kHz) separated by a slight pause (1-3 milliseconds). The interpulse periods (IPPs) are varied depending on the level of light; in darker situations the bird emits shorter IPPs, as obstacles become harder to see, and longer IPPs are observed when the bird nears the exit of the cave. This behavior is similar to bats as they approach targets. The birds also emit a series of low clicks followed by a call when approaching the nests; presumably to warn nearby birds out of their way. It is thought that the double clicks are used to discriminate between individual birds. Aerodramus sawtelli, the Atiu Swiftlet, and Aerodramus maximus, the Black-nest Swiftlet are the only known species which emit single clicks. The single click is thought be used to avoid voice overlap during echolocation. The use of a single click might be associated with a evolutionary shift in eastern Pacific swiftlets; determining how many clicks the Marquesan Swiftlet emits, could shed light on this. It was also discovered that both the Atiu Swiftlet (Fullard, 1993) and the Papuan Swiftlet (Price et al., 2005) emit clicks while foraging outside at dusk; the latter possibly only in these circumstances considering it might not nest in caves at all. Such behavior is not known to occur in other species (Fullard, 1993) but quite possibly goes given that the Papuan and Atiu Swiftlets are not closely related. However, it has recently been determined that the echolocation vocalizations do not agree with evolutionary relationship between swiftlet species as suggested by DNA sequence comparison (Thomassen & Povel, 2006). This suggests that as in bats, echolocation sounds, once present, adapt rapidly and independently to the particular species' acoustic environment.

Three hypotheses are considered to describe how echolocation evolved in the genus Aerodramus and, as determined more recently, other taxa in the Apodidae. One hypothesis states that echolocation evolved from an ancestral species of swiftlets and was lost in the genera which lack echolocation. A second hypothesis is that echolocation evolved independently several times. The third scenario involves a combination of the first two, i.e. a gain-loss-regain scenario.

Several functional subunits (like vocal muscles and brain areals) are needed to produce the echolocating system. Past studies have thought that the loss of one of these subunits was more likely to occur than acquiring all the traits needed to echolocate. But a recent study (Thomassen et al., 2005) suggests that the echolocation subunits were mainly located in the central nervous system, while the subunits in the vocal apparatus were already present and capable of use before echolocation even evolved. This study supports the second hypothesis of independent evolution of echolocation in Aerodramus and Collocalia, with the subsequent evolution of complex behavior needed to complement the physical echolocation system, or even the third approach, as the vocal apparatus-parts of the echolocation system might even be inherited from some prehistoric nocturnal ancestor.