Pernahkah anda memikirkan tahap keselamatan RBW anda apabila anda mula membinanya. Tahukah anda bahawa RBW yg berjaya adalah umpama sebuah BANK kepada tuannya?. RBW yang kita bina akan menghadapi pelbagai serangan musuh seperti burung hantu, helang, kucing, biawak, tupai, kera, ular, cicak, semut, kala jengking, lipan dan anai-anai. Kalau tidak dijaga dgn baik abih duit2 kita nanti dimakan oleh mereka. Tapi tu semua dah ada cara mengatasinya (cari je kat internet). Yg saya nak cerita kali ni ialah musuh paling berbahaya iaitu “MANUSIA”.......
Antara kaedah keselematan:
Oleh kerana penceroboh RBW skarang pakai taktik pecah dinding, maka disarankan pakai bata merah (kalau takde bajet) paling tidak pun tingkat bawah krn lebih kukuh berbanding bata pasir & bata ringan.
Pasanglah pagar di sekeliling RBW anda (kalau ada bajetlah).
Guna pintu besi berlapis dgn teknik kunci bersilang luar dan dalam
CCTV hanya mampu untuk mengecam penceroboh....tu pun kalau tak pakai head glove
Ada yg sampai terpaksa pakai pagar elektrik......ttp perlu berhati2 tinggi risikonya.
Ada juga RBW yg pakai alarm dan dihubungkan terus ke handphone tuan RBW
ada jugak yg sanggup menggaji security guard......tp kalau asyik tidur je RBW kene pecah jugak baik tak payah.
Tak ketinggalan juga yg menggunakan khidmat 2 spesis makhluk Allah ini
Kalau semua kaedah ni tak berjaya jugak.......????????
-to be continue-
sinopsis Part2......security menggunakan kaedah memagar cara Islam.....jangan ketinggalan nantikannya dari waletbertam....ilalliqa'.
No comments:
Post a Comment