Tuesday, May 10, 2011

Antara 80% dan 20%......di manakah kita?

Ada yang mengatakan bahawa pemain dalam industry ini hanya 20% sahaja yang berjaya dan 80% lagi gagal. Sejauh mana kebenaran fakta ini tidak saya ketahui sebab tiada academic research dibuat tentang hal ini (bleh wat tajuk Phd ni). Tapi ianya mungkin benar jika ramai RBW owner yang terjun kebidang ini tanpa ilmu.
Tengok orang buat RBW, kita pun nak buat RBW tetapi ilmu tentang walit dan pengurusan RBW kosong. Tu yang sampai bertahun pun burung tak masuk-masuk…..nak tidur jauh sekali.
Ada sesetengah kontraktor tu tak pernah pun buat rumah burung tapi kerana musim sekarang ni nampak buat RBW ni boleh cari makan, ramai pulak yang mengaku jadi kontraktor RBW. Bila buat banyak benda yang tak kena pada RBW tu. Yang paling sakit kepala bila struktur RBW tak kena. LMB salah letak….. void pun salah letak……LAL rendah sangat…..nesting plank salah atur…..macam-macam lagi lah. Pastu suhu lebih 29 darjah celcius, RH ada kurang sangat dan ada plak lebih sangat. Pasal cahaya pulak ada yang terang sangat dan ada yang gelap sangat tu yang walit tak nak turun ke bawah tu. Kalau turun pun ada plak yang terkorban sebab tak jumpa laluan keluar.
Jadi, kepada yang ingin menceburi bidang walit ini carilah ilmu sebanyak-banyaknya agar kita tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang. Atau yang paling teruk lagi tertipu dengan kontraktor-kontraktor RBW yang berlagak sifu. So, cari kontraktor yang betul-betul tahu, ingat bukan sedikit wang yang kita laburkan. Paling tidak pun kalau tak puas hati, kita boleh revamp balik RBW kita dengan ilmu yang kita ada.
Tapi sebagai orang Islam kita kena ingat……..sehebat manapun usaha kita......hanya Allah S.W.T yang menentukan berjaya atau gagalnya kita. Jadi jangan lupa doa, tawakkal dan dekatkan diri kita denganNya……Insya’Allah dimurahkan rezeki.

No comments:

Post a Comment