Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Thursday, February 16, 2012

Relevankah Membina RBW Sekarang ?


Macam mana tuan2......relevan tak membina RBW masa sekarang dengan suasana harga sarang yang menjunam jatuh, kos pembinaan yang tinggi, persaingan yang amat sengit antara RBW dan pelbagai lagi hujah, fakta dan alasan yang perlu difikirkan bagi sesiapa yang baru nak membina RBW.

Cuba tuan2 perhatikan kenyataan seorang pengusaha walet dari Indonesia yang telah 13 tahun di dalam industri ni........"Kedudukan industry SBW di indonesia pon mengalami penurunan... Di sini menurut analyze saye, di indonesia kebanyakan semua sudah
tak membangun lagi  ataupon membuat rumah burung walet untuk invest di bidang business ini, dikerana seperti yang kita ketahui, bile mane mane kita bangun ruma walet, membutuhkan modal yang sangat besar, dan susah tuk balik modal dan business ini sangatlah tidak menjanjikan, dan juga kebanyakan dari mereka yang sedang membangon ruma walit dalam proses 30 sampai 50 persen, mereka stop tak lagi melanjotkan pembangunan rumah walat baru, oleh sebab itu, para pengusaha walit yang telah berjaya hanya bise bertahan, dan mengharapkan kondisi kembali normal..

Seorang sahabat di utara bagitau, masa sekarang persaingan amat sengit apabila RBW tumbuh macam cendawan lepas hujan. Implikasi dari fenomena ini RBW baru tak berupaya survive untuk bersaing dengan RBW lama. Kebanyakkan RBW baru hanya dapat hasil sekitar 7-10 biji sarang je dalam masa 1 tahun lepas beroperasi.

Fikirkan......berapa lama modal pelaburan kita membina RBW akan kita dapat balik 4,5,7,10 tahun. bukan sikit tu malah ratusan ribu RM dibelanjakan. Bagi yang membina low cost RBW 50k kebawah mungkin tak terasa sangat kesannya. Tapi kalau dah beratus ribu....berjuta telah dihabiskan.
sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com