Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Monday, January 31, 2011

Tahap Keselamatan RBW.......Part 2

 

Last posting, kita telah bercerita tentang beberapa kaedah yang digunapakai bagi meningkatkan lagi tahap security di RBW kita. Namun, kita perlu ingat dan sedar bahawa kuasa yg memberi keselamatan dan keamanan itu adalah kuasa mutlak milik Allah. Jadi, sudah sayugialah jua (ayat kitab tua ni) kita menggunakan kaedah menjaga keselamatan cara Islam di samping kita menggunakan teknologi2 moden.

Berikut adalah cara2 untuk kita memagar dan mendinding rumah atau apa2 properties dari sebarang musuh yang telah di amalkan oleh orang dulu-dulu (kaedah ini hanya untuk orang Islam sahaja).

Bahan-bahannya:
1.      Tukul besi
2.      Teras kayu asam jawa (pokok celagi)
3.      Air Yaasiin atau garam kasar
4.      Ayat Quran (surah Fatihah , ayat kursi & ayat 1-9 surah  Yasiin)
Cara-caranya:
Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggul tadi sambil mengadap ke penjuru seterusnya yang di tuju dan baca:
  • bismillah, al-Fathihah, ayat kursi dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.
Kemudian baca :
  • Ini tembok Nabi Sulaiman, Dalamnya laut luarnya kota, Kalau kamu pecah kota ini, Kamu akan berenang dalam laut.
Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru seterusnya dengan membaca ayat di atas berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi teras kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya hingga kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.
Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melingkungi bahagian atas rumah tadi.
Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasa seolah-olah berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang untuk menyelamatkan diri dari lemas.
Setelah siap......bacalah doa ini

Doa Abu Darda'
& tawakkal dengan ikhlas dan yakin kepada Allah. Insya'Allah RBW kita selamat dari penceroboh yang bernama "MANUSIA" ni.
Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR........selamat beramal.

0 comments:

Post a Comment