Soalan ni nampak mudah tapi hanya burung walet yg bisa menjawabnya. Sebanarnya tidak ada ketinggian lantai yg tetap cuma range yang dibuat antara 6 kaki – 15 kaki itu mengambil kira beberapa perkara antaranya:
1. Kalau rendah sangat cthnya bawah 6 kaki maka susah untuk kita masuk ke RBW, mungkin terpaksa membongkok dan ini tentunya menyukarkan pergerakkan. Keluar RBW konpem sakit pinggang.
2. Satu lagi bila RBW kita dah ada banyak burung, maka bila burung2 ni roving……debu2 akan naik dan mengenai sarang. Maka grade sarang pun terus menjunam jatuh.
3. Burung pun tak berapa selesa kalau rendah sangat berbanding ruang yg lagi tinggi. Macam kita lah…..org tinggi 6 kaki masuk pintu rumah yg tingginya 5 kaki, camna rasa?????
4. Kalau tinggi sangat cthnya lebih drpd 15m maka kesukaran yg paling utama ialah untuk sampai ke ketinggian tersebut untuk kutip sarang dan maintenance spt cek dan baiki tweeter dan macam2 lagi lah. Jenuh nak mengangkat tangga ke hulu ke hilir…..bang!.
Jadi, banyak aspek perlu di ambil kira untuk menentukan TAL ni. Kalau bajet rendah mungkin tidak perlu ruang yang tinggi, cukup dgn TAL yg minima. Cuma kebiasaanaya ramai pengusaha RBW membuat TAL ni setinggi 10 kaki sahaja.
Ada sebahagian tu buat 15 kaki dan dalamnya dibuat macam “varanda/balkoni” . Boleh tahan jugaklah design ni, mampu memaksimakan jumlah sarang dan menyediakan ruang legar yang lebih selesa kpd walet utk roving. Justeru, pilihlah jarak TAL yg sesuai antara 6 kaki – 15 kaki
Apa pun……RBW anda & anda tentukan dan yang paling penting usaha, ikhtiar, tawakkal dan doa. Wallahua’lam…….
No comments:
Post a Comment