Friday, February 25, 2011

Sarang tiruan @ fake nest ......

Sarang tiruan atau imitasi sangat efektif digunakan di RBW/RBL yg baru bagi memancing walet untuk tinggal di rumah baru. Walet juga akan merasa selesa apabila mendapati begitu banyak sarang (padahal tiruan je)sesuai dgn suara koloni yg didengarinya. Justeru, keadaan ini akan membuat walet tinggal dan akhirnya membina sarang mereka. Ia juga sebenarnya dijadikan sbg satu asas @ foundation bagi memudahkan walet membina sarangnya, maklumlah rumah baru. Bila dah lama dan asas2 sarang dah banyak mungkin dah tak perlu lagi pakai fake nest ni.


 

Di atas contoh sarang tiruan drpd aluminium dan telah terbukti keberkesanannya. Walet sangat suka buat sarang kat aluminium plate ni mungkin kerana ianya lebih sejuk berbanding material lain. Cuma jenis ni harganya ?????


Yang ni pula diperbuat daripada plastik. Kelebihan jenis plastik ni, kita boleh rendam dulu dalam aroma @ portion kemudian baru dipasang bagi menarik walet untuk membina sarangnya. Pasal harga....????


Material seterusnya......styrofoam @ polistrin. Yang ni lagi jimat "zero costing"......hang cari je bahan ni yang diletakkan dlm kotak2 barangan elektrik. Kalau dah takde sangat.....kutip je bekas2 makanan polistrin kat majlis2 makan atau kat tepi2 jalan tu.


 Bahan seterusnya ialah kertas......ya betul! kertas pun jadi. Yang ni lagi jimat dan tak perlu bersusah payah nak mencarinya cuma bentuk sarang je agak kurang menarik yg mengakibatkan grade jadi rendah.


Ada juga yang menggunakan kayu segi tiga ni.......yang ni ready made just bayar je.


Eh....kopiah pun buat fake nest ke!.....bukanlah tuan2.....netting yg mungkin diperbuat drpd plastik atau dawai.

Sebenarnya, banyak lagi bahan lain boleh digunakan untuk buat fake nest ni......anda kreatif anda fikirlah sendiri. Yang mana paling berkesan?.....anda boleh uji sendiri. Mungkin anda boleh pelbagaikan material fake nest ni kat RBW anda dan tengok yg mana satu menjadi pilihan sang walet. Manakala tempat yang paling sesuai untuk diletakkan fake nest ni ialah berdekatan dengan tweeters dan corners. Selamat mencuba.......semoga berjaya Insya'Allah.


No comments:

Post a Comment