Beberapa hari lepas bersembang dengan sahabat walet di Muadzam. Saja bertanya tentang perkembangan RBWnya yang mula beroperasi ogos 2010....dah hampir 7 bulan beroperasi. Jawabnya: dah ada 200+++ sarang tapi tak pernah ambik. Saya tanya ada anak ke? Dia jawab: ada yang ada..... ada juga yang buat sarang kali kedua ditempat yang sama. Kata saya: Kenapa tak kutip sarang bila anak dah terbang? Katanya: ada kawan ajar jangan kutip sarang kecuali selepas setahun beroperasi.......tu yang asyik telan air liur je bila tengok sarang dalam RBW. Kesian kawan saya ni......sepatutnya dah dapat hasil dalam RM7000 untuk 2 kilo rawnest. Lalu saya ajar dia bila sepatutnya emas putih ni patut dikutip......but moral of the story is......ilmu adalah segalanya. So, kali ini mari kita lihat kitaran hidup Sang Walit dan bila sepatutnya kita pungut sarang......
Jadi, kalau nampak dah ada tanda liur-liur walet pada nesting plank tu.....tunggulah +-4 bulan sehingga anak dah terbang baru kita mula pungut sarang.
.......bersambung selepas ini...........
No comments:
Post a Comment