(A) Jaring Orkid
Dinding yang terlalu terdedah kepada sinaran matahari akan menyerap haba masuk ke dalam RBW. Untuk mengatasi masalah ini ada yang menggunakan jaring peneduh orkid (jimat kos).
(B) Kayu atau Zinklum
RBW ni saya jumpa sebelum Lepar on the way ke Kuantan. Pemiliknya membina lapisan kayu pada dinding luar tingkat atas bagi menghalang sinaran direct ke dinding.
(C) CELLULOSE INSULATION
Bahan ini dijumpai pada tahun 1950an dan diperbuat daripada "plant fiber". Keupayaannya mampu manahan haba dan fungsi bunyi akustik. Di Malaysia syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini TCL Malaysia.
(D) PENEBAT "ROCKWOOL"
Dijumpai pada tahun 1840an. Diperbuat daripada "mineral wool". Fungsinya sama dgn cellulose. Biasanya kat RBW bahan ini diletakkan dalam siling atau direct atas atap atau bumbung RBW atau kat dinding yang menghadapi masalah kepanasan.
Penggunaannya di sebuah RBW. Katanya mampu menurunkan suhu antara 2-5 degrees celcius. Kenal pasti dulu kawasan yang panas dan apply kat situ saja....jangan semua sebab benda ni mahal. Dengar cerita harganya RM40 segulung yang berukuran 2.5 meters X 0.575 meters X 50 mm (8.2 feet X 1.9 feet X 2 inches
---selamat mencuba---
---selamat mencuba---
.............to be continue.........
No comments:
Post a Comment