Macam-macam bahan binaan telah digunakan bagi membina RBW sekarang ini. Semua ini bergantung kepada poket kita tebal ke nipis. Kalau mampu buatlah dengan material yang terbaik, jika tidak binalah mengikut kemampuan kita.
Apa pun bahan yang kita pakai bukan kita yang menentukan tetapi sang walit yang akan buat keputusan. Jom kita tengok beberapa buah RBW dengan bahan binaan yang berbeza-beza.
1. Batu Bata
Penggunaan bata merah : sejuk dalaman, baunya disukai walet, kos sederhana dan agak selamat kerana kuat.
Penggunaan light weight brick : kosnya agak tinggi RM6-7 sebiji, pembinaan cepat, sejuk dalaman tetapi security lemah.
Penggunaan bata press: kos murah, ambil masa untuk hilang bau simen, agak kuat.
Penggunaan simen sahaja: tiada bata digunakan, simen diikat dengan BRC dan dilapik polistrin di dalam bagi tujuan menyejukkan. Tahap keselamatan agak membimbangkan.
2. ZinklumPenggunaan zinklum: kosnya lebih murah daripada bata, mempunyai bahan penebat di sebelah dalam, lebih ringan dan sesuai di tempat yang struktur tanahnya lemah. Dah banyak RBW zinklum yang berjaya.
3. Kayu @ Papan
RBW ni terletak di Miri......kata tuannya dah keluar hasil hampir 2 kg sebulan.....boleh berjaya kan!
Di Indonesia banyak RBW yang dibina daripada kayu @ papan dan berjaya.
4. Simen Board
Buat masa ni saya takde sumber yang kukuh tentang kejayaan RBW simen board ni. Cuma ada orang kata kat Besut dah ada yang dapat hasil 1 kg sebulan.....wallahua'lam.
6. Plastik
Tengok......plastik pun dia orang pakai buat RBW. Yang ni di Indonesia......banyak sangat kut walit kat sana, bina dengan apa pun semua jadi. Boleh try cuba belakang rumah kat kampung......belanja ciput je ni!. Tahap keselamatan......sendiri mau ingat lah!.
7. Kontena
Bagi yang nak jimat kos juga.....boleh cuba pakai kontena, cuma kena pastikan suhu dan kelembapan ikut spec.
Rasanya setakat tu je dulu 7 jenis bahan yang telah diguna bagi membina RBW. Kalau ada new invention nanti kita update lagi. Moral of the story.........binalah dari apa pun RBW anda tapi yang menentukan kejayaan anda adalah Yang Maha Berkuasa melalui asbab makhluknya yang bernama WALIT.....fikir-fikirkan.
Wassalam.
Assalamualaikum WBH..
ReplyDeleteSaya tertarik dengan pembinaan RBW mggunakan Zinklum tu..ader aper2 info untuk saya mengetahui lebih lanjut kaedah tersebut.Cthnyer dimane dibina dan teknik2 pembinaa.tq dan wassalam
Jeff