Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Thursday, May 19, 2011

Sambungan......Teknik pengutipan sarang walit.





Kaedah Pungutan Sarang Walit:


1) Pungutan Rampasan “Force Harvest”
Pungutan dilakukan  setelah sarang siap dibina, tetapi pasangan walet itu belum sempat bertelur. Kebaikkan teknik ini ialah hasil sarang cepat, kualiti tinggi (clear white) dan jumlah hasil setahun juga banyak. Manakala keburukan teknik ini pula akan melambatkan populasi walit di RBW kita kerana tiada anak baru.  Keadaan walit juga akan lemah kerana terpaksa bertungkus lumus membina sarang baru tanpa rehat. Jika ini berterusan lama kelamaan sarangnya pun merosot menjadi kecil dan nipis  kerana pengeluaran  air salivanya  tidak mampu mengimbangi tempoh  waktu untuk membuat sarang dan bertelur.

2) Pungutan Buang Telur
Teknik ini dilakukan  setelah burung membuat sarang dan bertelur 2/3 biji. Telur diambil dan dibuang kemudian sarangnya diambil (zalim....zalim). Teknik  ini mempunyai keuntungan iaitu dalam setahun dapat dilakukan pungutan hingga 4 kali dan kualiti sarang yang dihasilkan tinggi  kerana sempurna dan tebal. Keburukannya, walit tak dapat membiak.

3) Pungutan Penetasan
Teknik pungutan ini dilakukan apabila anak-anak sudah boleh terbang.....biasanya 45 hari selepas menetas. Kelemahan cara ini, mutu sarang rendah karena sudah mulai rosak dan dicemari oleh kotoran seperti bulu. Tetapi untung dari aspek burung walit dapat berkembang biak dengan tenang dan aman sehingga populasi burung dapat meningkat dengan baik.


Apapun teknik yang akan digunakan.......yang penting jangan kita menzalimi kehidupan makhluk Allah ini agar kesinambungan kehidupan walit ini tidak terganggu oleh tangan-tangan manusia yang rakus untuk mencari keuntungan dunia semata-mata. Ingat.....Allah tidak redha akan mereka yang berbuat zalim dan pintu rezekinya juga akan ditutup oleh Allah nanti......wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment