(gambar ihsan burungwaletonline)
Ujian lokasi ni bukannya kemestian. Kalau anda nak bina RBW dalam kawasan sentral walit atau terdapat RBW-RBW dalam radius yang agak berdekatan 1 @ 2 km, maka tak perlulah buat sebab memang walit dah ada. Tapi jika anda bercadang nak bina "stand alone" RBW yang agak jauh dari RBW lain mungkin ianya perlu untuk melihat berapa banyak sebenarnya walit yang ada di lokasi anda dan perkara lain.
Ini penting bagi mengurangkan risiko pelaburan anda. Cuba bayangkan......puluhan mungkin ratusan ribu yang anda laburkan tetapi walit tak masuk....kalau masuk pun tak tidur pulak. Kepala dah naik pening......tidur pun dah tak lena......makan pun dah tak lalu......dan macam2 rasa lagi.
Namun ada jugak yang berkata......"time buat ujian lokasi dulu banyak walit datang, tapi sekarang dah tak ada pulak kalau ada pun tak nak masuk!". Pemain-pemain baru industri ini kena ingat.......suara ujian lokasi mampu menarik burung walit turun sahaja tapi tidak mampu untuk menarik walit masuk RBW dan tidur. Pasang je suara "Duress" tu mesti walit datang. Malah kebanyakkan walit yang turun ke sumber suara juga mungkin walit2 yang dah ada rumah semuanya.
Apa yang saya lihat sekarang ini, begitu banyak RBW baru yang tumbuh mungkin setiap hari kut. Tapi agak menyedihkan bila tiada walit yang bernyanyi-nyanyi sambil menari di RBW-RBW ini. Malah ada RBW yang saya perhati langsung tiada pengunjung walaupun senja dah semakin melabuhkan sayapnya.....tentu sedih tuan RBW tu!.
Sebenarnya, sebelum nak bina RBW tu banyak benda lain nak kena tengok dan perhati bukan buat ujian lokasi aje terus jadi. So.....tanyalah kepada yang pakar yg berpengalaman dalam bidang ini agar anda tidak menyesal.
Jadi, kesimpulan teori yang boleh saya buat ialah "jangan anda terlalu percaya dengan ujian lokasi bahawa anda akan berjaya dalam industri ini" atau "ujian lokasi bukan penentu kejayaan anda". Jadi....fikir-fikirkanlah!.
Berusaha, berdoa dan bertawakkallah.
sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment