Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Thursday, May 12, 2011

How to reduce heat in your RBW/BH ?........Part 2

2. Water inside & outside RBW

Bermacam cara digunakan untuk meletakkan air dalam RBW ni ada yang pakai basin, buat kolam, pakai kolam mandi anak dan basahkan lantai pakai auto water timer. Kalau rasa ada lagi............lu pikirlah sendiri. Cuma kena pastikan jangan sampai nyamuk membiak, walaupun orang kata dalam RBW nyamuk tak sempat hidup sebab dimakan walit. Tapi mungkin betul dakwaan ini sebab sepanjang saya masuk mana-mana RBW ni tak de pulak nyamuk. Tapi sebagai langkah berjaga-jaga letaklah ubat (abate) mintak kat hospital percuma je. Cuma jangan mintak kat bhg farmasi......tak pasal-pasal kena halau nanti. Mintak kat bahagian kawalan penyakit. Atau pasang water pump akuarium bagi air tu berpusing dan letak ikan sekali 3 4 ekor.
Kalau kat bahagian luar pula biasanya orang buat kolam ni kat atas RBW tapi risikonya nanti akan leaking dan air masuk ke dalam RBW. Jom tengok gambar......











waterpond outside on the rooftop


 
........to be continue......

How to reduce heat in your RBW/BH ?........Part 1

1. Humidifier

Penggunaan mesin kabus seolah-olah satu kemestian pada setiap RBW bagi membantu mengawal suhu dan kelembapan. Terdapat 2 jenis mesin kabus ini iaitu jenis standard dan jenis ultrasonic. Apa bezanya......beza dari segi harga ......yang ultrasonic lebih mahal. Beza dari aspek kualiti kabus.......ultrasonic menghasilkan kabus yang lebih halus. Dari aspek bunyi.......ultrasonic lebih senyap. Cuma kelemahan ultrasonic ni dia punya life span tak panjang.....kalau yang standard tu tahan sikit.


Beberapa jenis ultrasonic humidifier



biasanya satu mesin kabus ultrasonic ni boleh cover seluruh RBW guna teknik piping yang betul


Yang ni pulak jenis standard je paling banyak pakai kat RBW.....belah kiri bising sikit bunyinya dan kanan soundless



...........to be continue.........

Kenapa Panas Sangat Sekarang?

Sejak akhir-akhir ni terasa panas semacam aje......kalau dulu pagi-pagi buta ni punyalah sejuk tapi sekarang tengah solat subuh tu boleh berpeluh punya. Budak-budak kat rumah pun makin kuat minum air batu sekarang ni. Tidur malam pun dah tak berbaju, kipas no 5 tu. Kita pun dah tak tahan, macam manalah ngan sang walit ye!.

Menurut sumber bernama........

KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini. "Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya.

Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998. "(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lu
buk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C)," katanya.

Saw berkata, keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak, seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu. Beliau menasihatkan orang ramai mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.

"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya. Sementara itu, di beberapa kedai elektrik sekitar bandar raya Kuala Lumpur, jualan pendingin hawa meningkat. Penolong Pengurus Courts Mammoth Cawangan Cheras, Abdul Rahim Mohammad, berkata dua tiga hari kebelakangan ini, banyak pelanggan yang membeli pendingin hawa. "Saya tidak dapat memberikan jumlahnya tetapi memang kami ada dapat banyak tempahan daripada pelanggan," katanya.

Syarikat Sen Heng Cawangan Kepong juga mencatat peningkatan penjualan produk itu dalam tempoh seminggu lalu. "Satu minggu saya rasa purata dalam 12 unit. Semalam sahaja empat hingga lima unit dijual. Sebelum ini tidak seperti sekarang, saya rasa ini adalah disebabkan faktor cuaca sekarang," kata jurujual, Mohd Hairani Abdul Wahab. -BERNAMA

Wednesday, May 11, 2011

Adakah betul teknik penggunaan 2 LMB?

(gambar hiasan: adakah pemilik RBW ni menghadapi masalah dibawah?)



lubang masuk burung walet yang salah

Penggunaan Lubang masuk burung lebih dari satu seperti ini sering dilakukan oleh pengusaha RBW dengan alasan yang bermacam- macam seperti menghadap ke arah burung walet mencari makan, ada yang menghadap ke sungai dsbg.

Akibat yang ditimbulkan penggunaan dua lubang ini adalah burung akan masuk dari sisi yang satu dan keluar dari sisi yang lain. Burung hanya akan bermain di rooving room anda tanpa berniat masuk ke lantai bersarang (nesting room).

Maka banyak permasalahan mengapa rumah walet di rooving roomnya banyak kotoran walet sedangkan sarang waletnya sedikit.


lubang masuk burung walet yang benar

Penggunaan dua atau lebih lubang masuk boleh dilakukan dengan cara di satu arah saja. Maka burung tidak akan hanya keluar masuk rumah walet kemudian keluar.

Sebaiknya untuk peningkatan populasi burung walet dan sarang walet gunakan cara pengaturan lubang masuk satu arah saja dan dianjurkan penggunaan lubang sebaiknya satu karena mengurangi kecurigaan burung walet untuk masuk dan juga lebih aman.

Hal ini sudah dialami oleh banyak orang. Setelah perubahan lubang masuk populasi burung walet mengalami peningkatan dan kotoran walet mulai berkurang di rooving room.

Artikel ini disedut dari http://www.waletgroup.com/.

Ulasan waletbertam:

Bagi saya benda ni subjektif dan tiada bukti emperikal yang kedudukan LMB camtu gagal. Sebab ada saja RBW yang LMBnya macam tu yang berjaya. Kalau di Indonesia RBW yang bersaiz besar punya LMB lebih dari satu dan ada juga dari arah yang exactly berbeza-beza kerana memberi ruang yang lebih untuk walit keluar masuk disebabkan populasi walitnya tinggi. Kebanyakkan LMB di Indonesia dibuat kecil sahaja bagi menghalang pencuri masuk melalui LMB. Justeru, untuk memudahkan walit masuk melalui LMB yang bersaiz kecil perlu dibuat banyak LMB (betul kut teori saya ni) dai pelbagai arah.

RBW with variety material...........RBW dengan pelbagai bahan binaan.

Macam-macam bahan binaan telah digunakan bagi membina RBW sekarang ini. Semua ini bergantung kepada poket kita tebal ke nipis. Kalau mampu buatlah dengan material yang terbaik, jika tidak binalah mengikut kemampuan kita.

Apa pun bahan yang kita pakai bukan kita yang menentukan tetapi sang walit yang akan buat keputusan. Jom kita tengok beberapa buah RBW dengan bahan binaan yang berbeza-beza.

1. Batu Bata
 Penggunaan bata merah : sejuk dalaman, baunya disukai walet, kos sederhana dan agak selamat kerana kuat.
Penggunaan light weight brick : kosnya agak tinggi RM6-7 sebiji, pembinaan cepat, sejuk dalaman tetapi security lemah.

Penggunaan bata press: kos murah, ambil masa untuk hilang bau simen, agak kuat.

Penggunaan simen sahaja: tiada bata digunakan, simen diikat dengan BRC dan dilapik polistrin di dalam bagi tujuan menyejukkan. Tahap keselamatan agak membimbangkan.


2. Zinklum



Penggunaan zinklum: kosnya lebih murah daripada bata, mempunyai bahan penebat di sebelah dalam, lebih ringan dan sesuai di tempat yang struktur tanahnya lemah. Dah banyak RBW zinklum yang berjaya.

3. Kayu @ Papan


RBW ni terletak di Miri......kata tuannya dah keluar hasil hampir 2 kg sebulan.....boleh berjaya kan!



Di Indonesia banyak RBW yang dibina daripada kayu @ papan dan berjaya.

4. Simen Board

Buat masa ni saya takde sumber yang kukuh tentang kejayaan RBW simen board ni. Cuma ada orang kata kat Besut dah ada yang dapat hasil 1 kg sebulan.....wallahua'lam.


 5. Polyurethane





Tengok tu dah ada walit buat sarang & bertelur pun dalam RBW polyurethane ni.....ingat bukan kita yang tentukan tetapi walit yang pilih.

6. Plastik

Tengok......plastik pun dia orang pakai buat RBW. Yang ni di Indonesia......banyak sangat kut walit kat sana, bina dengan apa pun semua jadi. Boleh try cuba belakang rumah kat kampung......belanja ciput je ni!. Tahap keselamatan......sendiri mau ingat lah!.

7. Kontena



Bagi yang nak jimat kos juga.....boleh cuba pakai kontena, cuma kena pastikan suhu dan kelembapan ikut spec.


Rasanya setakat tu je dulu 7 jenis bahan yang telah diguna bagi membina RBW. Kalau ada new invention nanti kita update lagi. Moral of the story.........binalah dari apa pun RBW anda tapi yang menentukan kejayaan anda adalah Yang Maha Berkuasa melalui asbab makhluknya yang bernama WALIT.....fikir-fikirkan.

Wassalam.

Aroma Terbaik…….The Best Aroma!

Kali ni jom kita berkongsi tips tentang aroma terbaik bagi RBW kita. Tips ini boleh diaplikasikan kat RBW lama (yg belum ada burung la) dan RBW baru…..bagi saya ianya boleh dikatakan ditahap WAJIB (rasanyalah). Tips ni saya belajar kat otai-otai Swiftlet Farming dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam.
The best aroma in swiftlet farming is the “GUANO” atau birdshit atau najis walit. Kenapa ye….why…why….sebab ianya adalah swiftlet natural aroma dan sesuatu yang original memang tak bleh lawan punya. Paling berkesan pakai fresh punya najis walit yang basah-basah tu. Kalau takde yang kering pun boleh.  Mana nak dapat najis ni?......boleh beli dari RBW yang dah berjaya. Atau mintak je ihsan (free la tu) dari RBW member yang dah berjaya. Selain itu, penggunaan najis walit ini terbukti paling lama bertahan iaitu selama 6 bulan berbanding artificial aroma. Yang penting ianya paling murah dan kalau tak jadi pun tak lah ralat sangat rasanya……betul tak.

Secara ringkasnya ada 4 tempat  perlu kita aplikasikan aroma ni:
1.      Lantai:
Bagi lantai ni kita boleh letak najis walit 3 cara. Pertama, basahkan lantai dan taburkan  terus najis walit atau bancuh dulu najis walit dengan air kemudian baru apply kat lantai. Saya tak berapa prefer cara ni sebab nanti susah kita nak kenal pasti new birdshit spot. Cara kedua, sediakan bekas yang diisi dengan pasir, kemudian masukkan najis walit dan gaulkannya dengan pasir sambil disiram dengan air. Ketiga, letak je najis walit yang dalam guni cam tu je dalam RBW.
2.      Dinding:
Sediakan dulu air yang telah dibancuh dengan najis walit (ukuran agak-agak je jangan pekat sangat), kemudian biarkan selama seminggu. Lepas tu sapukan air bancuhan ini ke dinding (pakai roller cat) lebih kurang 50 cm dibawah papan nesting. Ada sesetengah pemilik tu menyapunya sehingga ke bahagian luar RBW mereka. Rasionalnya mungkin untuk memberi first impression smell sebelum walit menjenguk ke dalam RBW. Kekerapannya…….sapulah sekali sebulan cuma masa nak sapu ni off kan dulu semua suara biar walit keluar dulu (kalau adalah).

3.      Nesting Plank:
Bagi papan pembiakan ni kita tak boleh pakai najis walit. Kalau sesiapa letak najis walit kat nesting plank konpem takde walit masuk tidur. Dia pun buang najis atas lantai, ni kita nak letak najis tempat dia tidur pulak.
Jadi, bagi nesting plank ni kita cuba pakai telur itik dulu sebab kosnya murah je. Sebiji baru 70/80 sen saja, bukan apa kalau tak jadi taklah rugi sangat rasa. Caranya, dapat kan telur itik, paling baik yang kulitnya nak hijau-hijau skit (permulaan cuba 2/3 biji je dulu) pecahkan telur dan asingkan telur putih kedalam satu bekas (yang kuning makan je). Lepas tu, ambil berus (1.5 inci lebar) dan sapukan telur putih tadi ke papan sirip berdekatan dengan tweeter dan corners (+- 1.5x4 inci lebar). Kemudian letakkan kertas dibawah tempat yang telah disapu tadi agar mudah untuk dibuat inspection nanti dan ulang sehingga habis telur. Biarkan untuk beberapa hari kemudian baru cek, kalau ada tanda najis maknanya berkesanlah teknik ni. Kalau tak jadi…….fikirkan cara lain. Mungkin boleh try pakai sup sarang burung walit pulak ke!.



4.      LMB (optional):
Bagi lubang masuk ni optional je, tapi ada jugak yang buat. Caranya sapukan je bancuhan najis walit tadi kat ruang-ruang di LMB. Biasanya orang pakai yang ready made automation dispenser seperti H3N1 (Pak Hen punya).

Oklah tuan-tuan…….itu je yang dapat saya kongsi kali ini. Kita hanya berusaha……..tapi Yang Maha Kuasa yang menentukan…..wallhua’lam.

Tuesday, May 10, 2011

Antara 80% dan 20%......di manakah kita?

Ada yang mengatakan bahawa pemain dalam industry ini hanya 20% sahaja yang berjaya dan 80% lagi gagal. Sejauh mana kebenaran fakta ini tidak saya ketahui sebab tiada academic research dibuat tentang hal ini (bleh wat tajuk Phd ni). Tapi ianya mungkin benar jika ramai RBW owner yang terjun kebidang ini tanpa ilmu.
Tengok orang buat RBW, kita pun nak buat RBW tetapi ilmu tentang walit dan pengurusan RBW kosong. Tu yang sampai bertahun pun burung tak masuk-masuk…..nak tidur jauh sekali.
Ada sesetengah kontraktor tu tak pernah pun buat rumah burung tapi kerana musim sekarang ni nampak buat RBW ni boleh cari makan, ramai pulak yang mengaku jadi kontraktor RBW. Bila buat banyak benda yang tak kena pada RBW tu. Yang paling sakit kepala bila struktur RBW tak kena. LMB salah letak….. void pun salah letak……LAL rendah sangat…..nesting plank salah atur…..macam-macam lagi lah. Pastu suhu lebih 29 darjah celcius, RH ada kurang sangat dan ada plak lebih sangat. Pasal cahaya pulak ada yang terang sangat dan ada yang gelap sangat tu yang walit tak nak turun ke bawah tu. Kalau turun pun ada plak yang terkorban sebab tak jumpa laluan keluar.
Jadi, kepada yang ingin menceburi bidang walit ini carilah ilmu sebanyak-banyaknya agar kita tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang. Atau yang paling teruk lagi tertipu dengan kontraktor-kontraktor RBW yang berlagak sifu. So, cari kontraktor yang betul-betul tahu, ingat bukan sedikit wang yang kita laburkan. Paling tidak pun kalau tak puas hati, kita boleh revamp balik RBW kita dengan ilmu yang kita ada.
Tapi sebagai orang Islam kita kena ingat……..sehebat manapun usaha kita......hanya Allah S.W.T yang menentukan berjaya atau gagalnya kita. Jadi jangan lupa doa, tawakkal dan dekatkan diri kita denganNya……Insya’Allah dimurahkan rezeki.