Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Wednesday, February 16, 2011

Apa Yang Perlu Anda Tahu Kalau nak Jadi Pengusaha RBW …



  1. Di mana nak buat RBW ni? ....maksudnya pemilihan lokasi tu perlu tepat. Kalau perlu buat cek lokasi dulu....jangan main hentam kromo je.....tengok org buat RBW kita pun nak buat jugak.
  2. Brape bajet RBW kita?
  3. Apa bahan yg akan digunakan bata merah, bata pasir, bata ringan, zinklum, plywood, simenboard atau papan?
  4. Berapa saiz bangunan.....berapa tinggi antara lantai.....berapa banyak lubang ventilasi diperlukan.....dan design dalamannya macam mana?
  5. Kena tahu cara walet terbang kat situ....ikut arah jam ke lawan arah jam?... laluan terbang walet (flying path), arah matahari turun naik, arah angin, arah sumber air (jika ada)......semua ni penting kerana membantu dalam penentuan dan jenis Lubang Masuk Burung (entry hole).
  6. Bagaimana nak menentukan lubang antara lantai (LAL)......silap locate burung tak turun ke bawah?
  7. Tentang papan sirip (nesting plank) kene tahu apa jenis bahan yg nak pakai? Camna design nak pasang papan sirip tu? Penjagaan papan sirip dari kulat? Penggunaan sarang tiruan pada papan sirip?
  8. Kadar cahaya berapa.......bagaimana nak mengawal cahaya masuk cth buat partition?
  9. Berapa suhu sepatutnya?......camna cara nak ukur (alat)?.....kalau suhu lebih bagaimana cara nak mengatasi?
  10. Berapa tahap kelembapan?.....apa alat untuk mengawal kelembapan?.......berapa banyak alat perlu pakai?
  11. Apa keperluan dari aspek sound sistem?......berapa banyak tweeter luar & dalam nak pakai? Perlu pakai hexagon/ bazooka ke tak RBW kita?.........apa jenisnya?.....dimana nak pasang?.....cara nak pasang camna?.....power amp berapa banyak perlu ada?......apa jenisnya? Camna nak setting tahap suara pada amp?Berapa kuat suara di pasang (sound level)?
  12. Belajar lah sikit tentang suara walet ni.....mana satu suara luar dan mana satu suara dalam?.....kalau nak mendalam lagi, kenal jenis2 suara walet.....koloni, ibu, anak, kahwin, meloloh.....macam2 lagilah.
  13. Bila dah siap RBW kita nanti.......berapa kerap kita perlu masuk?.......bila time yg sesuai nak masuk?......apa pantang larang bila nak masuk BH ni?
  14. Apakah musuh2 bg walet atau RBW?.....cara mengatasi?
  15. Apakah tahap keselamatan yg perlu kita sediakan?
  16. Bagaimana nak menyediakan makanan bg walet (serangga)......
  17. Teknik atau cara penuaian (harvest) ?.......ini penting bagi populasi walet. Apa tools2 yg perlu ada untuk penuaian?
  18. Bila dah dapat hasil nanti.......ambil tahu pasal harga dan market?
  19. Kena taulah sikit tentang undang2 & akta berkaitan industri ni......apa itu 1Gp?.....undang2 PBT......dll.......knape saya letak UU ni yg terakhir......sbbnya kita harap  org Melayu ni buat je dulu RBW tu....jgn kisah sgt pasal UU tu (ni saya quote kata2 peg Veterinar dlm kursus). Kalau kaum lain boleh buat RBW dgn membakulsampahkan UU ni......knape kita perlu takut-takut untuk menceburi industri ini dibumi sendiri.

Yang ni hanyalah beberapa perkara asas yg perlu kita ambil tahu bila nak menceburi industri ini (pendapat saya lah). Banyak lagi sebenarnya kalau kita nak perincikan.....tambah sendiri je lah nanti. Namun semua tu anda boleh dapati jika rajin bertanya, mencari dalam internet, baca buku & hadir ke kursus2 khusus ttg ilmu perwaletan ni......bukan yg anjuran Jabatan Vetrinar punya. Yang tu terlalu asas sangat dan lebih kepada prosedur & undang-undang. Yang penting hadir kursus veterinar ni ialah nak dapatkan sijil aje bagi sesiapa nak mohon lesen & loan agrobank. Semoga semua yang terlibat dalam industri ini berjaya suatu hari nanti. Ingat tuan-tuan.......Industri Sarang Burung Walet ni telah mengatasi hasil petroleum di Indonesia.....inilah Emas Dari langit.

2 comments:

Unknown said...

Betul tu walitbertam..kena perbanyakkan ilmu dulu sebelum mencuba..da pastu pengurusan dalaman rumah amat penting untuk tarik burung masuk, tidur dan bersarang.. pas tu kena uruskan supaya bila bersarang dan ada anak..anak tak pindah rumah lain...yg sentiasa mengangga menunggu penghuninya...

waletbertam said...

Tq Pak Din 4 da komen.

Post a Comment