Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Monday, February 14, 2011

Faktor Penting Pembinaan RBW......Habitat Makro Walet

Antara faktor utama sebelum kita nak bina RBW ni ialah mengenali habitat Makro walet. Kalau tersilap lokasi.......3-4 tahun lah RBW kita tak berpenghuni atau maybe langsung takde sampai kesudah. Jadi kali ini mari kita kenali habitat makro walet bg yang baru nak menceburi bidang ini lah (xpertise2 seme dah tau ni).....jom layan jer!:
  1. Kawasan Berair (paling penting) : nape ye?....kerana walet ni dia buat sarang dari air kelenjar (suliva). maka air amat diperlukan bg mengelakkan kekeringan. Jd, kalau nak bina RBW tu carilah kawasan yg dekat dgn sungai, tasik, tali air dan kolam. Suhu dan kelembapan juga terkesan jika RBW dekat dgn sumber air ni.
  2. Kawasan Perburuan makanan: rutin harian walet ialah keluar pagi mencari makanan. Di mana ada makanan disitulah tempat yang dituju oleh sang walet ni. Kekadang tu sampai 50km-60km terbang memburu makanan. Kalau tuan2 jumpa kawasan walet memburu makanan dan tiada RBW disitu.....maka amatlah susuai dibangunkan RBW.....jadi walet tak perlu lagi travel jauh2.
  3. Kawasan Hijau iaitu kawasan yang subur dengan pokok dan tanaman. Nape ye walet suka kawasan ni?........sbb kawasan ni banyak serangga yang dihasilkan bila musim pokok2 berbunga dan proses ini berlaku sepanjang tahun kerana hutan negara kita ni hutan hujan tropika. So, bila pokok berbunga maka banyak serangga datang untuk proses pendebungaan dan sudah tentu walet juga banyak bila makanannya banyak.
  4. Kawasan Hunian (Central Walit): merupakan kawasan yang banyak RBW telah dibangunkan spt yg terdapat di pekan2 dan bandar sekarang. Kawasan ini menjadi tumpuan walet setelah pulang dari perburuan pada petang hari. Membangun RBW di kawasan camni memang cepat berjaya kerana populasi walet amat tinggi. banyak walet2 muda yang perlukan tempat tinggal baru. Namun, jika central tersebut terlalu jauh dgn kawasan perburuan makanan maka burung terpaksa travel jauh utk mencari makanan dan risikonya....?
  5. Kawasan laluan : kawasan ni agak berisiko dan lambat dihuni walet iaitu kawasan tersebut hanya menjadi laluan pergi dan balik walet sahaja pada waktu pagi dan petang bagi walet2 yg tinggal dibandar (central walet). Kawasan ini juga sesuai kerana ia spt polis buat 'roblock'. Walet akan singgah RBW tu dan buat tinjauan jika sesuai maka ia akan pindah dan tinggal disitu. Jadi, tak perlu lagi aku dok terbang jauh2 nak cari makan. Ni lah risiko RBW kat central yg dah terlalu membangun dan takde sumber makanan.......

Jadi, kalau sesiapa yang mempunya lokasi yang mempunyai gabungan semua habitat di atas, maka kawasan tersebut amatlah berpotensi untuk dibangunkan RBW. Namun begitu bird call test perlu dilakukan jika di kawasan tersebut belum lagi ada RBW bagi mengurangkan risiko pelaburan anda.....ni hanya pandangan saya betul ke tak walluha'lam.

0 comments:

Post a Comment