Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Friday, September 9, 2011

RBW ku selepas 3 bulan beroperasi....

Alhamduluillah........syukur kehadrat ilahi di atas segala ni'mat2 yang dikurniakanNya. Cuti raya baru ni dapatlah waletbertam menjenguk RBW buat kali ke dua selepas beroperasi masa cuti penggal persekolahan yang lepas (27/5/2011).

Terasa bimbang jugak.......camna lah progress RBW aku ni selepas 3 bulan?. Maklumlah buat RBW pun bajet ciput je!......jadi RBW pun kecik je lah dapat. Walaupun beroperasi dgn segala kekurangan tapi aku yakin akan rezeki Allah Ta'ala......aku yakin bahawa Allah lah yang mentadbir seluruh makhluk termasuk sang walet. Bila Allah perintah "masuklah kamu wahai sang walet, maka masuklah ia" walaupun RBW mu kecil dan serba kekurangan.

Lastly, bila tengok burung yg ada kat RBW dan bila cek birdshit spot yang ada....Alhamdulillah.....rasa macam nak sujud syukur je kat dalam RBW tu. Cuma sekarang menunggu masa penghuni RBW ku membina sarang pula.....sahabat2 walet tolong sama2 doakan ye!. Jom layan RBW ku yg tak seberapa ni di ruangan video sebelah....yang penting.....pemilik RBW kecil macam saya jgn putus asa.

 
"Berusahalah, berdoalah & bertawakkallah"

sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com

5 comments:

Unknown said...

Alhamdullilah Ustaz...begitu banyak burung yang masuk...tapi...ermmmm

waletbertam said...

Bukan senang tuan2 nak tarik walet cam tu....macam-macam usaha saya cuba (pengurusan RBW penting), lepas tu banyakkan solat hajat @ dhuha dan last skali doa & tawakkal. Percaya & yakinlah.....kalau hubungan dgn Allah baik...Insya'Allah akan baik natijahnya.

Unknown said...

Pak Din sabar menanti....dan sentiasa berdoa untuk kejayaan ustaz..balik-balik tu kirim salam pada teman seperjuangan yg berada di atas bukit tu...

waletbertam said...

Insya'Allah.....Pak Din pun saya lihat makin bertambah2 rezeki....berkat membantu org lain tu!.

Unknown said...

Alhamdullilah...walau ramai yang mungkir janji..rezeki Pak Din sentiasa ada..moga diberkati segala usaha kita...dan sentiasa diberi kejayaan kepada semua yang mahu berusaha..

Post a Comment