Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Friday, September 23, 2011

Walet & Ilmu Fizik......


Tersenyum sendiri kadang2 tu bila tengok gaya berjalan swiftlet player ni (termasuk akulah tu). Manakan tidak.....kalau berjalan je kepala tu mesti dongak ke langit. Naik sakit tengkuk dibuatnya.....tapi itulah hakikatnya. Terasa seronok bila dapat melihat walet2 bermain di langit especially bila senja berlabuh dan walet mula masuk RBW.....betapa agung dan hebatnya ciptaan Allah (jgn tengok saje rugi).


Kalau kita perhati dan teliti cara dan corak walet terbang ianya menepati semua ilmu & hukum fizik. Berdasarkan pemerhatian saya walet ni memiliki 4 cara asas terbangnya iaitu:

1-  "flapping" (mengepak),
Kepakan sayap digunakan untuk menghasilkan gaya dorong ke depan (thrust) dan gaya angkat (lift). Ketika walet mengepakkan sayap ke bawah, ia menekan udara ke bawah, akibatnya udara akan menekan balik dan mendorongnya ke atas (hukum aksi-reaksi). Semakin cepat kepakan sayap, semakin besar gaya keatasnya. Gaya dorong dan gaya angkat ini dapat diatur oleh walet untuk mengendalikan arah, kecepatan, dan ketinggiannya.

2- "gliding" (meluncur)
Fokus utama dalam gliding adalah meluncur semendatar mungkin. Ini dilakukan dengan memperkecil gaya rintangan udara "drag force". Boleh dikatakan 60% penerbangan walet menggunakan teknik gliding
berbanding hanya 40% shj flapping. Faktor tubung walet yg ringan juga memudahkannya untuk "glide".


3- "soaring" (melonjak)
Gerak melonjak merupakan gerak naik tanpa mengepakkan sayap. Gerakan ini dapat dilakukan dengan memanfaatkan arus udara. Akibat pemanasan matahari suhu udara yang dekat permukaan bumi menjadi lebih panas, udara panas ini akan naik ke atas dan menimbulkan arus udara ke atas. Arus udara inilah yang dimanfaatkan oleh walet untuk melonjak tinggi tanpa perlu mengepakan sayapnya (jimat tenaga skit...).


4- "parachuting" (gerak payung terjun)
Merupakan gerak jatuh di udara secara horizontal @ vertikal. Walet biasanya akan melebarkan sayapnya bagi melakuklan aksi ini dengan memiring-miringkan sayapnya. Biasanya aksi ini kita dapat lihat ketika walet masuk melalui LMB samada secara open roof entry @ window entry (part paling best ni...).

So....cuba-cubalah perhati dan belajar tabiat walet ni, agar kita memahami sifatnyadan menghargai makhluk ciptaan Allah ini.

sebarang pertanyaan sila email kepada: badrulpms@yahoo.com



6 comments:

pakdin said...

assalam ustaz..alhamdullilah dah nak berjaya kan?

waletbertam said...

next week insya'Allah Pak Din.....don't worry about that.

waletbertam said...

baru2 nak berjaya Pak Din......tak de hasil pun lagi.

Unknown said...

burung begitu banyak masuk...dah hampir berhasillah tu...org lain tunggu berbulan, malah ada yg bertahun tak masuk..lagikan nak tidur..insha Allah akan adalah hasil tu satu hari kelakkan? sama-sama kita berdoa akan cepatlah dtgnya waktu tu bagi kita..

IBRAHIM ARIFIN said...

Ustaz saya nak minta tolong,RBW saya dah siap hampir 6 bulan,tapiburung tak buat sarang lagi,saya dapat tahu dari pak din RBW ustaz dah banyak burung buat sarang.Doa apa ustaz pakai.

waletbertam said...

en ibrahim.....ginilah, saya x de pakai ape2 doa yg special. Cuma....doa tu tak pernah miss terutama semasa saya berada di Mekah baru ni. Banyakkan solat sunat dhuha dan ringankan tangan untuk bersedekah biar pun tak banyak. Cuba amalkan yg ni dulu dalam kehidupan.....Insya'Allah.....Allah Ta'ala itu Maha Mendengar permohonan hambanya terutama mereka yg sentiasa hampir denganNya.

Post a Comment