Kalau masuk industri walet ni & tak kenal Gua Gomantong......memang tak patutlah. So, sebagai ilmu tambahan kita cerita sikit tentang gua yg amat bernilai ini & site visit secara maya thru video kat bawah tu.....jom layan jerrr!.
Dilabelkan sebagai “Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Dunia” oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF), Gua Gomantong yang terletak di tengah-tengah Hutan Simpan Gomantong telah menjadi tumpuan dunia bagi sarang burung semenjak berabad lalu.
Semenjak abad ke-13, pedagang-pedagang Cina telah datang ke Sandakan dalam usaha mencari sarang burung, sejenis makanan istimewa dalam kalangan orang-orang Cina. Hidangan berharga ini diperoleh daripada ketinggian 100 meter di siling Gua Gomantong. Para pengutip sarang burung mempertaruhkan nyawa mereka dengan memanjat tangga binaan daripada rotan dan tali untuk mendapatkan sarang burung tersebut. Cara pengutipan yang berisiko tinggi ini menjadikan komoditi tersebut amat berharga dan mahal.
Terdapat dua kompleks gua iaitu Simud Hitam (Gua Hitam) menganjur sehingga ke ketinggian 90 meter dan lebih mudah didaki berbanding Simud Putih (Gua Putih), tempat memperoleh sarang-sarang yang berharga. Untuk sampai ke Simud Hitam memerlukan 5 minit perjalanan dari pusat pendaftaran. Laluan berpapan yang sentiasa diselia memberikan kemudahan kepada untuk membuat aktiviti penjelajahan atau menyaksikan sendiri kemahiran pengutip sarang burung menjalankan tugas mereka.
Haiwan yang menghuni gua tersebut termasuklah burung layang-layang (yang menghasilkan sarang burung yang dikutip), kelawar dan jutaan lipas dan spesis binatang yg agak pelik spt lipan gua. Di bahagian luar, anda dapat menyaksikan burung-burung lain seperti helang jambul, helang malam dan raja udang. Malah, anda juga mungkin berpeluang menyaksikan orang utan. Untuk penjelajahan yang lebih mencabar anda perlu menempah lebih awal.
Kemudahan yang disediakan termasuklah kawasan berkelah dan juga Chalet Hutan Hujan Gomantong yang boleh memuatkan sehingga 30 orang.
Cara ke Sana
Perjalanan bas sejauh 95 km yang berlepas dari bandar Sandakan ke Sukau dan mengambil masa selama satu setengah jam. Tambang yang dikenakan ialah RM17.00 setiap perjalanan. Anda boleh mengaturkan lawatan anda dengan pengendali pelancongan tempatan atau Jabatan Perhutanan.
Masa Melawat
Setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Yuran Kemasukan
Pemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00
Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00
Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00
(Caj tambahan akan dikenakan untuk penggunaan peralatan fotografi)
Keterangan Lanjut
Pengutipan sarang burung lazimnya dilaksanakan antara bulan Februari dan Ogos.
(sumber: Jabatan Perhutanan Sabah & tambah sendiri sikit2)
1 comments:
Kurang sangatlah info dalam sini.... tapi blog kamu ini memang cukup hebat dan kekurangan isi.
Post a Comment