Islamic Widget

Carian dalam blog ini

Tuesday, March 8, 2011

Penyediaan Makanan Walet @ Swiftlet Feeding Food....

Semenjak akhir2 ini kita lihat amat banyak RBW2 baru dibangunkan. Lalu timbul persoalan dibenak pikiran saya.....adakah ianya seiring dgn populasi walet? Atau populasi RBW mengatasi populasi walet?. Jadi, bagi RBW2 yg baru mereka harus lebih kreatif dan berinovasi bg menarik walet menginap di RBW mereka.

Di antara perkara yg boleh anda fikirkan sebagai tarikan (attraction) sesebuah RBW ialah penyediaan makanan bg walet @ “walet feeding food” melalui cara “insect generating”. Sebenarnya dah ramai org menulis tentang hal ini, tapi bila ramai pulak sahabat2 walet bertanya maka saya cuba juga menulis ttg hal ini dengan harapan sama2 dapat menambah ilmu.

Berdasarkan kajian  terdapat 2 cara “feeding food” ini iaitu “internal” ataupun “external”.

1.    Cara “internal” ialah kita menyediakan makanan di dalam RBW kita contohnya roti yang di campur dengan susu. Camna cara2 nak buat sila rujuk blog (swiftlets_zone.blogspot.com).....dgn izin ye bro Shidey!.....bukan ape....saja nak promote hang punye blog. Cara ini bg yg jimat bajet le.


Roti yg telah digaul dgn susu pekat manis
  
2.   Cara “external” iaitu dengan cara mengenaratekan serangga di luar iaitu dalam “insect barn” (kajian oleh Pak Harry sila rujuk swiftletfarming.blogspot.com)....dgn izin ye Pak Harry!. Serangga2 ini akan terbentuk daripada bubur @ “porridge” yg dimasak dan diletakkan dalam reban serangga yg dibina di bawah LMB (lubang masuk burung). Kemudian barulah di masukkan serangga ini ke dalam RBW dengan 2 kaedah iaitu tangkap dan masukkan ke RBW atau membuat laluan terus dari “insect barn” ke RBW. Kaedah ini telah di aplikasikan dan terbukti berjaya meningkatkan jumlah walet yg berlegar di sekitar RBW dan menginap. Cara ini juga boleh diapply samada RBW anda “stand alone” atau “shoplot” (rujuk gambar). Cuma “external method” ni melibatkan kos sedikit bagi penyediaan tempat @ “barn” dan pembelian bahan2 (+- RM60) spt tepung kacang soya, tepung gandum, mee kuning, vitamin & mineral. Dalam pasaran pun ada juga “ready made food powder” yg dijual, cuma harganya agak tinggi. Jadi, nak jimat kita buat sendiri je. Ada juga yang generatekan serangga menggunakan buah2an buruk spt nenas dan pisang.

Contoh model insect barn dgn laluan terus ke BH

Insect barn kat depan & bawah LMB standalone BH


Simple shoplot BH insect barn on the roof top

Bhg dalam dibina rak-rak tempat letak bubur bg generate insect


Beginilah rupa porridge yg akan jadi maggot dulu lepas ni......


 Flies maggots.....
inilah rupa serangga terbang yg terbentuk dari maggots tadi.....
kaedah 1 pemindahan serangga......masukkan dlm satu bekas lain kemudian dilepaskan dlm BH


 Kaedah ke 2....menggunakan laluan terus ke BH. Lampu digunakan utk menarik serangga melalui laluan.

Satu perkara paling penting dalam penyediaan makanan walet ni ialah kita perlu menjaga kut nanti ada plak tetamu2 yg tak diundang (predators) datang mengganggu RBW kita.

Semoga maklumat yang saya berikan ini dapat menambahkan lagi ilmu kita dan meningkatkan lagi hasil anda......selamat mencuba dan jangan lupa bayar zakat nanti bila dah dapat hasil tu......ma'assalamah.






2 comments:

Unknown said...

A'KUM...bagus cadangan tu..tp pak din harap ada kajian yang dibuat bagi mendapatkan maklumat terhadap kesan ke atas keseimbangan dalam habitat/ekologi semulajadi kelak..bila ramai yg membuat begini samada di dalam rbl atau diluar

Yen said...

Minta jasa baik tuan untuk ambil artikel tuan untuk di masukkan ke dalam web saya..

Post a Comment