Salam pembaca blog waletbertam.....lamanya tak menulis semenjak cuti sekolah ni. Cuba jugak untuk menulis agar dapat menyumbangkan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama sahabat2 walet. Kali ini saya nak bercerita tentang suara.....
Suara adalah faktor yang paling penting bagi kejayaan sesebuah RBW/RBL/BH.....ye ker!. Bagi sayalah kegagalan menarik perhatian walet untuk rooving di sekitar BH anda......it's a big disaster for your BH. Kerana ini adalah the first step.....gagal pada step pertama bermakna tiada walet yang akan masuk BH anda dan seterusnya menginap.
Sebab itu saya amat bersetuju dengan pendapat2 yang mengatakan bahawa SUARA adalah faktor yg paling penting terutama suara luar.
Jadi, anda kena pastikan setiap masa bahawa suara luar yg anda gunakan itu benar2 berkesan agar walet sentiasa terbang masuk dan keluar BH anda sepanjang hari. Sekiranya anda dapati walet semakin berkurangan atau kurang tertarik dengan suara luar anda mungkin sebab dah boring ngan suara yg diguna atau lebih tertarik kepada suara dari neighbour’s BH, sesuatu mesti anda dilakukan.....ya! tukar aje suara itu dengan “the next from your best sound library”.
Jika anda biarkan tanpa sebarang tindakan......mungkin BH anda lama kelamaan tidak berpenghuni kerana walet anda telah berpindah ke BH lain dan tiada walet baru singgah.
Sebagai seorang pengusaha BH, anda perlu memiliki koleksi suara walet yg pelbagai bukannya hanya bergantung kepada satu suara sahaja. Mulakan sedikit-sedikit mungkin 3....lepas tu tambahkan lagi koleksi dgn bertukar2 suara dengan member2 BH lain atau membeli dari mereka yg telah berjaya.
Tetapi hati-hati......kerana banyak penipuan dalam jualbeli suara ni. Yang penting biarlah berbaloi atau “value for money”......bukan murah bro, ada yg jual satu suara sampai RM300 – RM500 tapi bila balik dengar......hampeh!.
So, mulakan dari sekarang mengumpul koleksi suara walet terbaik anda. Selepas itu, ujian keberkesanan perlu dilakukan dgn membawa koleksi suara ini ke BH anda. Uji satu persatu dan rekodkan kesannya agar mudah nanti untuk anda membuat ranking keutamaan. Pilih tiga teratas sebagai senjata tercanggih anda “your ultimate weapon”.
Ada orang tanya kenapa perlu uji?.......satu soalan yang bagus.
Jawapannya bukan semua suara yang didakwa bagus itu juga bagus utk walet di lokasi kita. Lain lokasi lain keinginan dan seleranya......contohnya mungkin di Sg Petani walet amat menyukai suara “Black Cloud” tetapi bila di Jerantut walet lebih tertarik kepada “Super Jerantut”. Pergi ke Muadzam Shah pulak 2 2 tak jadi, kerana walet di sini lebih suka “Tongkat Ali”.
Ya! mungkin selera walet juga berbeza2.....macam kita lah ada yg suka lagu pop, ada suka rock, ada suka dikir barat, ada suka irama malaysia, ada suka hip hop.....bila dah puas nak dengar lagu lain pulak.
Seperkara lagi, suara juga seolah2 “first expression” bg kita mengiklankan BH kita kepada sang walet liar yang terbang melalui ruang udara kita.....iklan perlu mantap bro. Bila mereka perasan bahawa ada BH baru dengan iklan yang wow menarik! dan pada pendegaran kali pertamanya jatuh cinta.....maka mereka akan melawat “entry hole”.
Apabila anda berjaya menarik mereka mendekati lubang masuk.......seterusnya anda perlu tahu bagaimana untuk menarik mereka masuk. Fikir dan kreatifkan diri anda bagaimana ye nak tarik walet ni ke dalam BH aku bukannya hanya dok rooving kat luar je?......bab ni nanti kita cerita di lain masa......semoga bermanfaat & ma’assalamah.
0 comments:
Post a Comment